MUJAHID: TIDAK MASUK AKAL TUTUP SEKOLAH TAHFIZ

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang tidak bersetuju dengan cadangan dangkal Tan Sri Zainuddin Maidin agar sekolah tahfiz ditutup, mengulas bahawa penambahbaikan membabitkan tahfiz tidak memerlukan sekolah berkenaan ditutup.

“Sebab tak masuk akal kerana banyak sekolah yang melahirkan para huffaz dan pelajar yang cemerlang. Perkara itu bermanfaat kepada umat Islam. Oleh itu apa yang patut dibuat khususnya oleh Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama ialah memperbaiki dari sudut kawal selia,” jawapan bernas Datuk Dr. Muhajid mengenai isu ini.

Bahkan beliau juga meminta bekas Menteri Penerangan itu membuat ‘homework‘ mengenai cadangannya itu. Zainuddin yang merupakan ‘orang lama’ sepatutnya mengkaji dan melihat sumba­ngan para huffaz yang keluar daripada sekolah agama tersebut.

“Ada para hafiz yang menjadi imam dan pada waktu yang sama berkarier. Darul Quran Jakim itu sebenarnya untuk melahirkan orang yang bukan sahaja huffaz tapi juga profesional,” tambah beliau.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts