ADAKAH ZAINUDDIN MAIDIN ANTI TAHFIZ?

362
SHARES
2.1k
VIEWS

“PERTAMA SEKALI LANGKAH MESTI DIAMBIL UNTUK MENUTUP SEMUA SEKOLAH TAHFIZ DI NEGARA INI YANG TIDAK MEMBERIKAN HARAPAN MASA DEPAN KEPADA GENERASI BARU ISLAM,” – Saranan Tan Sri Zainuddin Maidin, 7 Julai 2018 melalui blog beliau zamkata.blogspot.com

Zainuddin Maidin melalui pendekatan logik dan rasional akal tanpa sebarang kajian dikemukakan, memberi cadangan agar semua pusat tahfiz di seluruh negara kerana pada pandangan beliau ia tidak memberi harapan kepada generasi baru Islam.

Apabila terlalu ramai mengecam dan mengkritik pandangan beliau termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Zainuddin Maidin kemudiannya menjelaskan ia adalah provokasi untuk mendapatkan jawapan.

Datuk Dr. Mujahid yang menolak cadangan Zainuddin Maidin ini juga meminta bekas Menteri Penerangan mengkaji dan melihat sumba­ngan para huffaz yang keluar daripada sekolah agama tersebut.

Sebagai seorang Islam, pandangan kritis Zainuddin Maidin ini kelihatan kurang cerdik kerana seolah-olah beliau ini anti tahfiz sedangkan kitab Al-Quran wajib dipelajari oleh setiap umat Islam dan antara usaha mempelajari kitab Al-Quran adalah dengan mewujudkan madrasah ataupun pusat tahfiz.

Beliau sewajarnya memberi saranan untuk memperkasakan pusat tahfiz sekiranya beliau mempunyai pengetahuan mengenai kelemahan-kelemahan yang wajar diperbaiki dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menutupnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts