KENAPA DATA KKM MENGENAI JEMAAH TABLIGH TIDAK KONSISTEN?

424
SHARES
2.5k
VIEWS

1. 13 Mac – KKM sebut jumlah peserta ijtima’ sekitar 16,000 orang

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Noor Hisham Abdullah berkata seramai 16,000 hadir ke ijtima’, 14,500 daripadanya adalah warga tempatan.

Rujuk: https://youtu.be/-y103FsTJ3Q

2. 14 Mac – KKM sebut jumlah peserta ijtima’ seramai 16,000

“Daripada angka itu, kira-kira 14,500 dipercayai rakyat Malaysia, menurut infografik yang dimuat naik oleh Dr Noor Hisham kelmarin.”

Rujuk: https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/665320/amp

3. 19 Mac – KKM sebut 10,553 telah diperiksa 

Kenyataan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dipetik oleh Bernama di laman Facebook beliau berkata seramai 10,553 peserta perhimpunan telah diperiksa, 4,986 sampel telah diambil dan 513 disahkan positif, seorang meninggal dunia.

Rujuk;

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1822651

Serta; https://www.bharian.com.my/node/666730/amp

4. 23 Mac – KKM sebut 13,000 peserta ijtima’ telahpun disaring

Noor Hisham berkata 13,000 saringan telah dilakukan kepada jemaah tabligh dari Masjid Sri Petaling, manakala sebanyak 6,700 sampel telah diambil, 940 daripadanya didapati positif.

Rujuk:

https://www.google.com/amp/english.astroawani.com/malaysia-videos/62-peratus-daripada-1-518-kes-positif-covid-19-merupakan-jemaah-tabligh-1839688%3famp=1

 5. 24 Mac – KPN kata 95 peratus telah jalani saringan, jumlah sebenar juga tidak berapa jelas

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata;

“Ada pihak katakan jumlah peserta ialah 14,000 orang ada yang kata 16,000. Angka keseluruhan agak kabur.”

Rujuk; http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-95-peratus-ahli-tabligh-tampil-buat-saringan-kesihatan-kpn-235196

6. 28 MAC – KKM KATA SEJUMLAH 17,584 TELAH DIPERIKSA

Kenyataan Media oleh Noor Hisham:

-17,584 – jemaah tabligh telah diperiksa

-12,500 – telah diambil sampel

-1,207 – disahkan positif

-6,648 – disahkan negatif

-4,645 – keputusan masih belum didapati (pending)

5,084 – masih dicari untuk disaring

Rujuk minit ke 8.50: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/3649683868439668/

7. DATA TERKINI KKM SENDIRI MENUNJUKKAN SUDAH LEBIH 16,000 JEMAAH TABLIGH “YANG DICARI” SEBELUM INI SEBENARNYA SUDAHPUN DISARING 

Jumlah ini melebihi jumlah peserta ijtima’ yang disediakan oleh KKM sebelum ini iaitu seramai 16,000 orang. 

8. Timbul persoalan dari mana datangnya jumlah 5,084 jemaah tabligh yang masih dicari? 

9. Jika jumlah 17,584 yang telah disaring ditambah dengan 5, 084 yang “masih dicari” tersebut, MAKA JUMLAH KESELURUHANNYA MENCECAH 22,668

10. Persoalan pertama, kenapa sebelum ini jumlah yang dicari ialah 16,000 dan kini menjadi 22,668?

Jumlah ini tidak konsisten dan jumlah yang tidak konsisten tidak sepatutnya dimasukkan sebagai statistik KKM.

Malah julat perbezaannya juga terlalu tinggi iaitu mencecah ribuan orang. 

11. Persoalan kedua, di manakah datangnya lebihan 6,668?

Selepas jumlah 22,668 ditolak dengan 16,000 yang dinyatakan KKM seawal 13 Mac lepas. 

12. Berapakah jumlah sebenar jemaah tabligh yang dicari oleh KKM?

Ini kerana data mereka sentiasa berubah-ubah dan mengelirukan. 

13. Kenapa KKM cuai dan tidak menyemak data?

Ia amat penting kerana menyumbang kepada statistik harian berkaitan jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia

14. Mohon keadilan dan belas kasihan kepada saudara seIslam

iaitu terhadap jemaah dakwah dan tabligh – kerana selagi data ini tidak dibetulkan maka selagi itulah persepsi buruk terhadap mereka tidak akan berubah sedangkan kesilapan tersebut berlaku di pihak KKM sendiri.

15. Kerajaan dan KKM juga perlu memikirkan kesan psikologi terhadap ahli keluarga mereka yang terlibat

Bukan hanya ‘bermain’ dengan angka-angka yang sentiasa berubah-ubah dan mengelirukan, malah mengabaikan kesan emosi terhadap ahli keluarga mereka.

SARANAN

Diharapkan Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr. Adham Baba dapat mengambil tindakan segera dan menjadi orang tengah 

Beliau yang dilihat agresif menangani isu Covid-19 sebaik sahaja menjawat jawatan Menteri Kesihatan, diharapkan dapat menyantuni jemaah tabligh dan berbincang mengenai data sebenar kedua-dua belah pihak. 

Ini agar dapat membetulkan statistik yang dikeluarkan KKM serta menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyelesaian sepenuhnya. 

Kesilapan ini hanya memberi imej buruk kepada KKM kerana gagal menyediakan data tepat dan menjejaskan kredibiliti data yang disediakan.

Sedangkan barisan hadapan mereka bertungkus lumus siang dan malam serta bersengkang mata menangani isu wabak Covid-19 ini dengan  sangat cemerlang.

Semoga dengan campur tangan menteri, perkara ini dapat dijernihkan. 

(Pihak Editor Malaysia juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh petugas KKM, PDRM, ATM, Rela, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta lain-lain yang terlibat di barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara. Syabas buat anda semua)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts