95 PERATUS TELAH DISARING, KPN PUJI JEMAAH TABLIGH

413
SHARES
2.4k
VIEWS

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador umum bahawa 95 peratus daripada peserta ijtima’ tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling telahpun tampil membuat saringan kesihatan bagi wabak COVID-19.

Beliau juga meminta masyarakat agar tidak mendiskriminasi ahli jemaah tabligh  kerana mereka tidak bersalah dalam isu ini kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap mereka.

“Jadi saya mohon orang ramai untuk menghentikan kecaman, mencaci dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada ahli tabligh,” katanya.

Beliau turut berkata, polis sentiasa berinteraksi dengan pucuk pimpinan ahli tabligh untuk mendapatkan kerjasama dalam mengesan mereka yang belum tampil.

“Sebenarnya mereka memberikan kerjasama yang amat baik kepada pihak polis dan kami dapat butiran terbaharu yang mereka perolehi daripada hasil usaha mereka sendiri,” katanya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts