KENAPA JUMLAH PESERTA IJTIMA’ YANG TELAH DISARING TURUN MENDADAK DALAM MASA SEHARI?

394
SHARES
2.3k
VIEWS

1. Pada 19 Mac, pihak kerajaan membuat kenyataan di media dan juga hebahan di laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai sejumlah 10,553 peserta ijtimak tabligh telah diperiksa atau disaring.

i. 10,533 ahli jemaah tabligh sudah diperiksa, 4,986 sampel diambil dan 513 disahkan positif Covid-19. Rujuk;

https://www.bharian.com.my/node/666730/amp

ii. Kenyataan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dipetik oleh Bernama di laman Facebook beliau berkata seramai 10,553 peserta perhimpunan telah diperiksa, 4,986 sampel telah diambil dan 513 disahkan positif, seorang meninggal dunia. Rujuk;

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1822651

2. Pada 23 Mac, Noor Hisham melaporkan, daripada 13,000 saringan telah dilakukan kepada jemaah tabligh dari Masjid Sri Petaling, manakala sebanyak 6,700 sampel telah diambil, 940 daripadanya didapati positif. Menunjukkan bertambahnya jumlah saringan yang telah dibuat. Rujuk:

https://www.google.com/amp/english.astroawani.com/malaysia-videos/62-peratus-daripada-1-518-kes-positif-covid-19-merupakan-jemaah-tabligh-1839688%3famp=1

3. Pada 24 Mac, melalui hebahan di Telegram MKN dan juga Twitter KKM pada 24 Mac, sebanyak 8,954 peserta  yang menghadiri ijtima’ telah disaring, 986 atau 11% didapati positif, 5,245 didapati negatif manakala 2,704 masih ‘pending‘. Menunjukkan penurunan pula terhadap jumlah saringan yang telah dibuat.

4. Perbezaannya amat besar iaitu sebanyak 2,447 jika dibandingkan kenyataan pada 23 Mac dan data terkini kerajaan pada 24 Mac, yang memerlukan penjelasan.

5. Jumlah perbezaan ini juga agak menghairankan, kerana ia menunjukkan PENURUNAN dan bukannya PENAMBAHAN SARINGAN. 

6. Jika jumlah terkini 8,954 yang dimaklumkan itu adalah “jumlah mereka yang telah diambil sampel” ataupun ‘swab‘, maka ia perlu dibetulkan, kerana ketika ini KKM sendiri merujuknya sebagai ‘saringan’. 

7. Manakala jika ini adalah “SARINGAN KEDUA”, pihak KKM perlu maklumkan dengan jelas agar tidak timbulnya kekeliruan oleh mana-mana pihak yang mengumpul dan menganalisa data tersebut. Juga bagi mengelak kekeliruan di pusat-pusat kesihatan yang akan merekodkan data. 

8. Jika kenyataan dan data ini masih tidak diselaraskan dan berterusan, maka sampai bila-bilapun pihak kerajaan akan terus ‘memburu’ jemaah tabligh bagi melengkapkan data yang salah”.

9. Sebagai maklumat tambahan, pentadbiran Sri Petaling juga telah mengeluarkan surat pada 21 Mac mengesahkan jumlah rasmi adalah seramai 12,500 peserta, tidak sama dengan jumlah 16,000 yang dikeluarkan KKM pada 15 Mac, yang juga perlu dijelaskan. Rujuk;

https://editormalaysia.com/14119/

10. Jika terbukti ini adalah kesilapan dalam catatan, pengiraan ataupun rekod, apa salahnya pihak kerajaan akui dan memohon maaf serta keluarkan data terkini yang tidak boleh dipertikai  oleh mana-mana pihak. Jika bukan kesilapan, KKM perlu jelaskan jumlah yang mengelirukan ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts