NOOR HISHAM TIDAK WAJAR BERPRASANGKA TERHADAP SEMUA JEMAAH TABLIGH

413
SHARES
2.4k
VIEWS

Dalam satu sidang media malam tadi oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, dalam menjawab soalan wartawan mengenai kewujudan kluster lain selain tabligh, beliau mengatakan mungkin kluster barupun ada kaitan dengan kluster tabligh. 

Rujuk:

Beliau dipetik berkata;

Sekarang ini kluster yang kita tengah mengesan mungkin kluster yg kita rasa baru tetapi jika kita kaji ada kaitan.” 

Contohnya jika dia hadir majlis perkahwinan, dan ada kehadiran jemaah tabligh di situ, ataupun dia pergi ke surau atau masjid, ada kehadiran tabligh kat situ.” 

So, indirectly ada kaitan so kita susah nak establish link dan direct link, sebab macam saya katakan, mungkin kita tidak kenal dengan siapa kita datang di majlis perkahwinan ataupun ke surau dan masjid.”

Kenyataan beliau ini tidak wajar diutarakan oleh seorang pengamal perubatan, apatah lagi beliau mengetuai KKM sebagai Ketua Pengarah yang diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk memberi kenyataan akhbar.

Beliau tidak boleh mengeluarkan pandangannya yang prejudis dan tidak adil, seolah-olah semua jemaah tabligh di Malaysia telah hadir ke ijtima’ Qudama dan Ulamak di Sri Petaling.

Ini kerana maksud “Qudama dan Ulamak” ini ialah jemaah yang lama dan para ulamak sahaja, maka perhimpunan tersebut terhad kepada dua golongan ini dan bukan terbuka kepada semua jemaah tabligh di Malaysia. 

Selain itu tanggapan beliau juga tidak tepat kerana seolah-olah semua jemaah tabligh di Malaysia telah dijangkiti Covid-19 atau dikenal pasti sebagai pembawa wabak tersebut.

Noor Hisham tentunya tidak bersetuju jika kita berkata semua kluster terlibat adalah berkaitan dengan para doktor dan jururawat serta petugas KKM kerana semuanya terdedah dengan proses rawatan pesakit wabak Covid-19.

Sedangkan tidak semua doktor dan jururawat serta petugas KKM terlibat dengan pengendalian wabak ini. 

Sikap suka ‘generalise‘ sebegini hanya mengundang kecaman dan tohmahan yang lebih kepada jemaah tabligh.

Beliau sendiri selaku pengamal perubatan pasti tahu implikasi percakapan beliau yang sangat tidak adil ini kepada masyarakat. 

Ia juga membuka pintu fitnah dan mengundang persepsi buruk terhadap jemaah dakwah dan tabligh bukan sahaja di Malaysia malah juga di seluruh dunia.

Menteri Kesihatan Dato’ Sri Adham Baba wajar menasihati beliau agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts