VIRUS ‘AIR LIUR’ LIM KIT SIANG JUGA AMAT BAHAYA UNTUK MALAYSIA

576
SHARES
3.4k
VIEWS

Lim Kit Siang selayaknya dikenakan perintah berkurung di dalam rumah serta diputuskan segala bentuk komunikasi beliau dengan dunia luar. Ini kerana, di saat negara menghadapi musibah seperti sekarang, sepatutnya beliau tidak bermain politik.

Segala kenyataan atau perintah yang keluar dari mulutnya perlu menjurus kepada kesejahteraan negara. Ini tidak, Lim Kit Siang tidak habis-habis mahu bermain politik. Kekhilafan menteri kesihatan dijadikan bola tanggung oleh Lim Kit Siang bermain politik murahan.

Minum air suam dijadikan isu besar. Padahal jika salah, Kementerian Kesihatan telah membetulkannya. Para doktor pakar juga telah menjelaskan panjang lebar kekhilafan Menteri Kesihatan. Sepatutnya isu tersebut menemui noktahnya. Jika terus amalkan minum air suampun, tidak mendatangkan mudarat.

Namun Lim Kit Siang yang ‘hidup’ atas isu, mahu terus memanjangkannya. Ini yang sebenarnya mendatangkan mudarat. Beliau membuat kenyataan menawarkan bekas Menteri Kesihatan di zaman PH sebagai ganti kepada Menteri Kesihatan sekarang yang disifatkannya sebagai badut.

Memanglah Lim Kit Siang tidak menyebut nama Menteri Kesihatan sekarang, namun kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada situasi semasa.

Lim Kit Siang sedang memasang perangkap mengalihkan tumpuan kita semua agar bersatu menangani wabak ini. Membawa kenangan indah bekas menteri di zaman lepas tidak menyelesaikan masalah sekarang. Jika ada kebaikan menteri tersebut, biarlah jasa jadi kenangan.

Realitinya, zaman menteri tersebut telah berlalu. Situasi politik Malaysia belum lagi mengizinkan seorang Ahli Parlimen pembangkang menganggotai kabinet kerajaan semasa. Jadi tidak mungkin Datuk Dr. Dzulkifli Ahmad akan kembali sebagai menteri kabinet di bawah kerajaan Perikatan Nasional GPS.

Lim Kit Siang tahu perkara itu adalah sesuatu yang mustahil ketika ini. Jangan sebutlah Lim Kit Siang ikhlas mahu membantu kerajaan menangani wabak ini. Jika benar ikhlas, Lim Kit Siang patut menyokong tindakan kerajaan, bukan bermain politik silap mata memanjangkan isu ini.

Apa yang paling penting sekarang, pandang ke hadapan. Tidak payah memberi muka kepada Lim Kit Siang membawa kita semua ke zaman lalu. Memang tabiat Lim Kit Siang suka mengalihkan fokus lawannya dan memperdaya rakyat.

Satu perkara yang patut Lim Kit Siang kenang masa lalu adalah berkenaan dengan janjinya. Janji untuk bersara dari politik jika Mahathir tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim ketika PH memerintah.

Ia adalah janji yang masih belum tertunai. Mustahil Lim Kit Siang sudah lupa. Sudah hampir sebulan kerajaan PH tumbang dan Mahathir tidak menyerahkan jawatan PM kepada Anwar.

Lim Kit Siang masih belum disahkan hilang ingatan sepenuhnya. Barangkali beliau hilang ingatan terhadap beberapa perkara terpilih.

Oleh itu, rakyat perlu beramai-ramai ingatkan Lim Kit Siang tentang janji ini….

Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts