SHUKRI: BARU 50% LENGKAP, GANI SEDIA DAKWA JULAI 2015

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang baru mengangkat sumpah semalam memaklumkan Siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah 50 peratus selesai.

Beliau juga menganggotai Pasukan Petugas Khas 1MDB yang terdiri daripada bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador yang kini dinaikkan pangkat selaku Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada 23 Mei lepas, dua minggu selepas Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

Namun kenyataan Datuk Seri Shukri didapati bercanggah dengan kenyataan Tan Sri Gani Patail pada Julai 2015, yang ketika itu menjawat jawatan Peguam Negara, bahawa mereka bersedia mendakwa Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, seperti yang dipersoalkan oleh Tan Sri Shafee Abdullah.

Maka wajar dipersoalkan;

  • Sekiranya siasatan baru 50 peratus lengkap seperti menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, bagaimana mungkin Peguam Negara berkata mereka sedia mendakwa Datuk Seri Najib pada tahun 2015?
  • Sekiranya pada tahun 2015, apabila siasatan telah lengkap dan Peguam Negara ketika itu bersedia mendakwa Datuk Seri Najib, maka adakah kenyataan terkini Datuk Seri Shukri Abdull adalah untuk menipu rakyat Malaysia dan masyarakat dunia?
  • Namun sekiranya benar siasatan baru 50 peratus disiapkan, maka adakah Tan Sri Gani Patail yang menipu rakyat Malaysia dan masyarakat dunia dengan mengatakan sedia mendakwa Datuk Seri Najib pada tahun 2015?
  • Sekiranya Tan Sri Gani Patail menipu, apakah motif beliau?

Tan Sri Gani Patail dan Datuk Seri Shukri bersama dalam Pasukan Petugas Khas 1MDB, khusus ditubuhkan untuk menyiasat Datuk Seri Najib dan kes 1MDB dengan dibantu oleh SPRM dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Ketika ini SPRM agresif membekukan ratusan akaun dan JSJK juga telah menyerbu pelbagai lokasi untuk merampas barangan dan wang tunai yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 1MDB, tanpa sebarang pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib.

Adakah sebegitu besar skandal 1MDB sehingga SPRM terpaksa bertindak menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) untuk membekukan ratusan akaun termasuk akaun bayi berusia 10 bulan?

Atau sebegitu terdesaknya pihak tertentu ingin memusnahkan Datuk Seri Najib dan keluarga sehingga kenyataan mereka bercanggah sesama sendiri?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts