COVID-19: DUA KEMATIAN PERTAMA DI MALAYSIA

381
SHARES
2.2k
VIEWS

Malaysia mencatat dua kematian akibat wabak COVID-19, iaitu pesakit dari kes ke-178 dan ke-358.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi kes ke-178, ialah seorang lelaki warga Malaysia yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Seri Petaling baru-baru ini.

“Bagi kes ke-358 pula ialah seorang lelaki berumur 60 tahun di Kuching, Sarawak,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di kementeriannya di sini, hari ini.

Kes ke-178 yang berumur 34 tahun mula mengalami gejala mulai 5 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif COVID-19.

“Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya pada sidang media harian berkaitan wabak itu di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Dr Adham berkata, kes ke-358 adalah lelaki yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac setelah dikesan positif COVID-19.

“Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya.

Sebagai rekod, jumlah keseluruhan positif Covid-19 setakat 17 Mac, 6 petang ialah 673  orang, 49 berjaya dipulihkan dan 2 kematian. 

Dipetik dari Berita Harian Online

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts