MENJUNJUNG TITAH DYMM SULTAN SELANGOR: HENTIKAN TOHMAHAN “KERAJAAN PINTU BELAKANG”

403
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR 

16 Mac 2020  l  21 Rejab 1441

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyeru semua rakyat untuk tidak terperangkap dengan naratif jahat pimpinan PH dengan memainkan polemik kerajaan baharu hari ini di peringkat Pusat merupakan “kerajaan pintu belakang”. Naratif jahat ini sebenarnya tidak menghormati keputusan yang telah dikeluarkan oleh pihak Istana Negara apabila SPB YDP Agong memilih Tan Sri Hj Muhyiddin Tassin sebagai YAB Perdana Menteri ke-8.

2. Hal ini turut ditegaskan oleh DYMM Sultan Selangor dalam titah Baginda sempena pembukaan sidang DUN Selangor yang berlangsung pada pagi tadi. Lebih jelas apabila titah Baginda turut menggesa untuk orang ramai memberhentikan tohmahan negatif “kerajaan pintu belakang” atau “rampasan kuasa” kerana prosedur yang teliti sepanjang proses kemelut politik negara yang melanda telah diambil kira oleh SPB YDP Agong berdasarkan peruntukan kuasa yang ada dalam Perlembagaan.

3. DPPNS menyelar tindakan beberapa tindakan PH yang sebelum ini sengaja membelakangi Perlembagaan dengan berterusan mewujudkan naratif jahat ini kerana ia secara tidak langsung membelakangi kesetiaan kepada Raja dan negara sebagaimana rukun kedua dalam Rukun Negara yang perlu dihayati dan dipertahankan oleh seluruh rakyat Malaysia.

4. Dengan adanya titah DYMM Sultan Selangor ini, diharapkan semua pihak bertenang dan menerima sepenuh hati bagi memastikan kestabilan politik negara berada pada tahap yang baik. Lebih-lebih lagi, dalam situasi penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini, rakyat lebih memerlukan kepimpinan negara dan negeri, ahli politik dan agensi kerajaan untuk fokus bekerja dalam menangani wabak ini agar kemaslahatan besar dipelihara dari sibuk berbicara soal politik murahan yang tidak berkesudahan.

5. DPPNS menegaskan pendirian teguh menjunjung titah DYMM Sultan Selangor dan secara langsung spekulasi status kerajaan baharu iaitu Perikatan Nasional di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin adalah sah dan menurut saluran demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan menerusi punca kuasa yang diperuntukkan kepada SPB YDPA. Daulat Tuanku!

Demi Islam

Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi bin Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3175839239134026&id=225685927482720

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts