BUANG MASA C4 HASUT RAKYAT DERHAKA PADA PEKENAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

422
SHARES
2.5k
VIEWS

C4 atau penuhnya, Center to Combat Corruption and Cronyism (Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kroni), baru-baru ini membuat kenyataan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mengesahkan ataupun mengiktiraf pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

2. Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel berkata; “Rakyat negara ini tidak perlu berbuat demikian (menerima pembentukan kerajaan PN) meskipun terdapat tawaran baru daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.”

3. Tindakan C4 bagai menghasut rakyat supaya menolak Perlembagaan Persekutuan, setelah diperjelaskan berulang kali bahawa kerajaan baru yang diperkenan oleh Majlis Raja-Raja Melayu ini bukannya kerajaan ‘pintu belakang’. Perkara ini jelas dan telah diperbahaskan oleh ramai pakar bidang dalam Perlembagaan negara.

4. Melainkan C4 juga seperti Dong Zong yang mengakui mereka mempunyai Perlembagaan sendiri. “Kami pertahan PERLEMBAGAAN kami,” kata Dong Zong. Ini terbukti disiarkan Sinar Harian apabila ditanya mereka menjawab; “Masing-masing ada hak untuk menyuarakan pandangan tetapi keputusan kami (Dong Zong) adalah berdasarkan keperluan mempertahankan PERLEMBAGAAN pertubuhan dan hak pendidikan kaum Cina.”

Sila rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/64322/BERITA/Nasional/Dong-Zong-Kami-pertahan-perlembagaan-kami

5. Membuat kenyataan tanpa ambil peduli apa yang telah diperkenankan oleh Ketua Eksekutif Negara ternyata suatu yang melampau dan terang-terangan melanggar profesionalisme sebagai aktivis atau pejuang yang beretika mengikut peruntukan Perlembagaan.

6. Dalam ertikata lain, C4 hanya petah bercakap semberono tanpa mengikut lunas perundangan yang sedia ada. Sekalipun kebebasan bersuara namun ada batasannya sebagaimana diajar dalam ajaran Islam ada adabnya.

7. Tidak dikatakan ‘beradab’ apabila perkara yang telah disepakati masih mahu dipersoalkan dan dibantah. Jika begini pendekatan yang mahu diambil oleh C4 maka tentulah perkara yang lebih penting seperti fokus kerajaan kepada pembangunan negara akan terbantut.

8. Kerana tenaga dan fikiran dipersia-siakan kepada perkara yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Yang terlihat hanyalah berebut jawatan. Adakah ‘jawatan’ merupakan matlamat kepada semua wakil rakyat?

9. Bagi MUAFAKAT, sekarang adalah masa untuk kerajaan dan juga semua Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (PBK) meletakkan fokus menangani masalah wabak Coronavirus atau Covid-19 ini daripada merebak luas di negara ini. Media telah melaporkan hingga hari ini sudah mencecah lebih 400 kes dan semakin meningkat.

10. Dan juga membangunkan negara serta memulihkan segera kejatuhan ekonomi atas kesilapan-kesilapan besar yang telah dilakukan oleh kerajaan PH yang lalu. Semua ini jauh lebih penting daripada berebut jawatan Perdana Menteri yang diangan-angankan oleh bekas banduan yang tidak sedar diri. MUAFAKAT tegas mengatakan, hentikan provokasi hina ini!

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts