ADAKAH BENAR KABINET MUHYIDDIN YASSIN TIDAK ADIL KEPADA UMNO?

682
SHARES
4k
VIEWS

TOK MAT HASSAN KATA:

Pelantikan Kabinet PM Muhyiddin Yassin tidak adil kepada parti UMNO.

Sebagai parti blok terbesar di dalam pakatan Kerajaan Perikatan ini, parti UMNO tidak diberi portfolio yang kritikal dan people centric, yang mana boleh membantu rakyat secara langsung.

Kabinet Muhyiddin lebih kepada memberi kelebihan kepada orang-orang Azmin Ali dan blok parti Bersatu bagi tujuan memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam arus perdana politik negara.

ULASAN:

Sesungguh parti dan Ahli-ahli Parlimen UMNO telah menggalas amanah pertama, iaitu memastikan Kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Rakyat merasa amat derita di bawah pemerintahan PH tersebut.

Orang-orang Melayu Islam merasakan adalah satu kesilapan besar, membenarkan gabungan parti-parti PH memerintah terutama parti DAP.

Orang-orang Cina di negara ini seramai 95 peratus telah menyokong parti rasis  DAP.

Wujudnya parti DAP di dalam PH menyebabkan politik kebencian, berada di tahap paling kritikal.

Sesungguhnya, perkara ini memecah-belahkan perpaduan rakyat Malaysia.

Perpaduan antara orang Melayu Islam dengan orang-orang Cina.

NEGARA INI SEBENARNYA ADALAH UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Kembalikan semangat kesederhanaan dan hubungan yang baik antara kaum seperti dari tahun 1957 (Kemerdekaan Negara) sehingga 2018.

FASA KEDUA KERAJAAN PERIKATAN TS MUHYIDDIN:

Sekiranya kerajaan baru ini tidak mengamalkan politik yang adil terhadap UMNO dan rakyat.

Sekiranya kepentingan rakyat tidak diutamakan.

Sekiranya Kerajaan Perikatan ini tidak melakukan usaha-usaha untuk memperbaiki salah silap Kerajaan PH terdahulu, terutama propaganda fitnah terhadap parti UMNO.

Yakinlah, Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin akan terpahat di dalam sejarah negara sebagai Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah.

Buat masa ini, Perdana Menteri tersingkat ialah Tun Abdullah Badawi – 6 tahun dan Dr. Mahathir Mohamad (PM kali kedua), selama 1 tahun 10 bulan.

Salam.

DSBA

14 Mac 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts