PANDEMIK COVID-19 MEMUNCAK DI ITALI: APA IKTIBAR DARIPADANYA?

245
SHARES
2.3k
VIEWS

Apa yang berlaku di Itali sangat membimbangkan apabila bermula dengan hanya 2 pelancong China dijangkiti wabak Covid-19 pada 30 Januari, kini hanya setelah 6 minggu, negara tersebut menunjukkan peningkatan yang sebegitu drastik dengan jumlah pesakit kini melebihi 15,000 dan lebih 1000 kematian direkodkan.

Itali juga menjadi negara kedua yang paling tinggi dijangkiti wabak ini selepas negara asalnya iaitu China.

Kemudiannya ia menjadi ‘negara punca’ merebak sehingga ke sekurang-kurangnya 27 buah negara lain seperti Austria, Bosnia and Herzegovina, South Africa, Greece, Russia, the Netherlands, neighbour Switzerland, Portugal, Czech Republic, Ireland, Argentina, Ukraine, Iceland, Morocco, Latvia, Jordan, Tunisia, Andorra, Luxembourg, Mexico, Dominican Republic, Lithuania, Nigeria, Denmark, North Macedonia, Romania dan Brazil.

Wabak tersebut dikenal pasti merebak ke negara terbabit sama ada melalui warga Itali sendiri atau mereka yang pernah mengunjungi negara tersebut.

Di sebalik ‘kesilapan’ atas tujuan merangsang ekonomi negara melalui pelancongan yang menyaksikan Itali melipatgandakan hubungan dengan China, negara tersebut turut melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung wabak tersebut  dari terus merebak.

Apa yang boleh dibanggakan adalah bagaimana negara tersebut bertindak kemudiannya terhadap wabak tersebut yang kini sudahpun diwartakan sebagai ‘pandemik’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang boleh menjadi contoh bagi mana-mana negara di dunia.

Ini termasuklah menjadi negara pertama yang menyekat terus penerbangan dari China sebaik sahaja 2 pelancong China tersebut dikenal pasti, serta mengumumkan pakej rangsangan bernilai hampir 120 bilion ringgit buat warga mereka yang terjejas teruk. 

Walaupun terdapat pandangan skeptikal beberapa negara terhadap cara negara tersebut membendung wabak Covid-19, namun Itali sudah berusaha sedaya upaya dan dengan sebaik mungkin menjalankan tanggungjawab mereka demi menyelamatkan nyawa warga mereka. 

Berikut adalah kronologi yang berlaku di Itali sehingga kini:

1. 21 Januari – Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Itali, Dario Franceschini, dan rakan sejawatannya dari China, Luo Shugang, merasmikan pelbagai program sepanjang tahun 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan pelancongan dan pertukaran budaya antara kedua-dua negara. Penerbangan terus antara Itali dan China dijangka meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya, peningkatan daripada 56 kepada 108 penerbangan seminggu. 

Rujuk;

https://www.google.com/amp/s/www.nytimes.com/2020/02/17/world/europe/coronavirus-tourism-europe.amp.html

2. 30 Januari – Kes pertama di Itali dilaporkan, mula dikesan melalui 2 pelancong dari China. Itali menjadi negara pertama di Eropah yang menyaksikan jumlah pesakit yang tiba-tiba melonjak naik, malah pasaran negara tersebut juga terus menjunam

3. 31 Januari – Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte segera mengisytiharkan kecemasan selama enam bulan. 

4. 31 Januari – Itali menjadi negara pertama menyekat penerbangan dari China.

Rujuk;

https://www.google.com/amp/s/www.forbes.com/sites/davekeating/2020/03/12/italy-banned-flights-from-china-before-americait-didnt-work/amp/

5. 18 Februari – kes tempatan pertama melibatkan warga Itali yang dikenali sebagai ‘Patient One‘, melibatkan orang lelaki berusia 38 tahun dan bertubuh badan sihat. Tetapi setelah pemeriksaan kesihatan beliau dibenarkan pulang kerana belum dikenal pasti sebagai pesakit Covid-19.

Kesihatan beliau kemudiannya semakin memburuk dan setelah pemeriksaan lain barulah beliau disahkan dijangkiti Covid-19.

Rujuk;

https://www.wired.co.uk/article/coronavirus-italy

6. 23 Februari – 2 kematian pertama dikesan dan wabak semakin menular, pihak berkuasa Itali menetapkan kira-kira 50,000 penduduk di Codogno dan 10 bandar lain di bawah ‘lockdown‘.

Rujuk:

https://www.wired.co.uk/article/coronavirus-italy

7. 29 Februari – jumlah mereka yang dijangkiti sudah melebihi 1000 orang dengan 29 kematian yang direkodkan

8. 1 – 7 Mac – mencecah jumlah 3,000 orang yang dijangkiti.

9. 4 Mac – Itali menutup semua sekolah dan universitinya di seluruh negara sehingga April. 

Rujuk;

https://www.google.com/amp/s/amp.theguardian.com/world/2020/mar/04/italy-orders-closure-of-schools-and-universities-due-to-coronavirus

10. 6 Mac – Gereja Roman Catholic di Vatican City, melaporkan kes yang pertama dijangkiti Covid-19

11. 7 Mac – Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte, isytihar negaranya berada dalam keadaan darurat.

Rujuk: https://www.google.com/amp/s/www.nytimes.com/2020/03/07/world/europe/coronavirus-italy.amp.html

12. 8 Mac – Kerajaan Itali mengambil langkah luar biasa dan drastik menyekat penuh di bahagian utara Itali agar tidak merebak ke bahagian lain, menyekat pergerakan bagi kira-kira satu perempat penduduk Itali di wilayah yang dikenali dan berfungsi sebagai ‘enjin’ ekonomi negara.

13. 8-9 Mac – 12 terbunuh apabila banduan merusuh di 27 buah penjara dan beberapa pengawal penjara dijadikan tebusan. Menteri Kehakiman Itali pula mengesahkan 12 penghuni penjara terbunuh akibat mengambil dadah berlebihan manakala 16 yang lain melarikan diri.

Rusuhan dua hari pada pada Ahad dan Isnin ini berpunca selepas pihak berkuasa mengehadkan sesi melawat banduan selama dua minggu selepas langkah-langkah baru bagi membendung Covid-19 dikuatkuasakan.

Rujuk: https://time.com/5801183/italian-inmates-escape-coronavirus-riots/

14. 9 Mac – Ketua Angkatan Tentera Darat Itali, Salvatore Farina turut dikesan positif Covid-19 dan mengambil keputusan kuarantin dirinya di rumah. 

Rujuk;

https://www.aa.com.tr/en/europe/italys-chief-of-staff-contracts-novel-coronavirus/1759008

15. 10 Mac Patient One kini semakin  sihat dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi, namun masih dalam pantauan pihak hospital.

Rujuk;

https://www.google.com/amp/s/abcnews.go.com/amp/International/wireStory/patient-icu-virus-pushes-italy-brink-69498352

16. 10 MacPerdana Menteri Itali Giuseppe Conte memperuntukkan hampir RM120 bilion (25 bilion Euro) sebagai langkah rangsangan untuk melindungi ekonomi negara daripada ancaman coronavirus.

Kabinet Itali dijangka meluluskan pakej pertama bernilai kira-kira RM57 bilion ringgit pada 13 Mac. 

Antara pakej tersebut meliputi:

i. Bantuan bagi pekerja yang menghadapi pemberhentian sementara

ii. Meningkatkan dana jaminan untuk pinjaman kepada syarikat kecil dan sederhana

iii. Menyediakan pampasan bagi firma yang perolehannya menjunam melebihi  25 peratus

iv. Beberapa bentuk moratorium bagi pembayaran balik perniagaan dan pembiayaan peribadi

v. Manakala bantuan kepada penyewa sedang dipertimbangkan.

Rujuk;

https://www.google.com/amp/s/www.bloomberg.com/amp/news/articles/2020-03-10/conte-calls-on-ecb-to-do-whatever-it-takes-against-coronavirus

17. 10 Mac – Ketika ini kes di Itali mencecah 10,000 pesakit yang dijangkiti pandemik Covid-19. 

18. 11 Mac – Itali menjadi negara kedua selepas China, menggantikan Korea Selatan yang sebelum ini di tangga kedua selepas China.

19. 11 Mac – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) umum penularan wabak Covid-19 sebagai ‘pandemik’, melalui kenyataan Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat di Geneva, selepas dunia dilanda dengan pandemik terakhir iaitu H1N1 pada 2009. 

Rujuk;

https://www.npr.org/sections/goatsandsoda/2020/03/11/814474930/coronavirus-covid-19-is-now-officially-a-pandemic-who-says

Lima bulan sebelum ini iaitu pada 10 Oktober 2019, Tedros pernah mengingatkan bahawa “Dunia tidak bersedia untuk pandemik selsema“.

Rujuk:

https://www.euronews.com/2019/10/10/the-world-is-not-ready-for-pandemic-flu-says-who-director

20. 12 Mac – menyaksikan lebih 1000 kematian di Itali, di sebalik tindakan berterusan dan agresif pihak kerajaan menangani pandemik ini.

21. 13 Mac – Doktor di Itali istilahkan pengalamannya merawat pesakit Covid-19 seumpama ketika ‘perang dunia’.

Rujuk;

https://www.google.com/amp/s/amp.theguardian.com/world/2020/mar/13/italian-doctor-an-experience-i-would-compare-to-a-world-war

22. 13 Mac – Amerika Syarikat sendiri semakin berhati-hati dan menjadikan Itali sebagai contoh bagaimana situasi terkawal boleh memburuk dan berubah dalam sekelip mata.

Rujuk;

https://www.google.com/amp/s/amp.cnn.com/cnn/2020/03/13/americas/coronavirus-us-italy-south-korea-lessons-intl/index.html

Melalui kejadian di atas, boleh dilihat bagaimana Itali telah berusaha sebaik mungkin di sebalik musibah yang tidak dijangka ini. 

Bagaimana situasi terkawal menjadi tidak terkawal apabila bertambahnya jumlah mereka yang terdedah kepada pembawa Covid-19 yang berpotensi dijangkiti, walaupun berbagai cara telah dilakukan daripada awal.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan sesebuah negara itu wajib melakukan yang terbaik demi rakyatnya dan apa yang berlaku selanjutnya kita berserah kepada Allah Taala atas ketetapan yang diingini-NYA. 

Kerajaan Malaysia pula wajar berusaha sebaik mungkin sebagai langkah pencegahan dan membendung, serta jangan lagi memandang ringan seperti di peringkat awal Covid-19 dikesan di negara ini.

Apa yang dikesalkan Malaysia masih membuka ruang malah kini hanya mengehadkan pelancong China dari beberapa kawasan tertentu dan bukan menyekat mereka sepenuhnya seperti Itali telah lakukan pada 31 Januari lepas. 

Di sebalik keengganan kerajaan yang sehingga kini masih tidak melakukan sekatan mencegah secara menyeluruh, tetapi hanya  tindakan membendung yang menyasarkan kumpulan dan jemaah Islam yang menyertai program masjid termasuk solat Jumaat. 

Adalah tidak wajar hanya melakukan tindakan dalam negara namun kemasukan pelancong dari luar masih tidak dicegah sepenuhnya.

Ini akan mewujudkan kebarangkalian bagi peningkatan jumlah mereka yang berpotensi dijangkiti oleh pandemik ini. 

Selain itu, dunia juga wajar bersikap optimistik seperti warga Itali untuk mengharungi musibah yang melanda tidak kira seburuk manapun yang berlaku.

Andrà tutto bene” – segalanya akan baik-baik sahaja, kini menjadi slogan di Itali bagi menaikkan semangat dan moral masing-masing.

Bagi rakyat Malaysia pula, kita wajib berusaha mencegah dan membendung sebaik mungkin, terus bertawakal kepada Allah SWT, Rabb Pencipta Sekalian Makhluk dalam menghadapi ancaman global ini dan In sha Allah, andrà tutto bene… 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan