KRISIS POLITIK NEGERI PERAK: PEJA vs. SAARANI

652
SHARES
3.8k
VIEWS

Krisis politik di negeri Perak berada di tahap paling kritikal.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu atau Peja telah meletakkan jawatan Menteri Besar, untuk memberi laluan kepada Sultan Perak untuk memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang BAGINDA pada timbangannya, mempunyai sokongan majoriti di kalangan Ahli Dewan.

MAJLIS ANGKAT SUMPAH MB BARU DIJADUALKAN JUMAAT INI:

Ini bermakna Baginda Sultan Perak perlu membuat keputusan dalam 2 hari ini, siapa sebenarnya layak dilantik sebagai MB Perak dan seterusnya membentuk Kerajaan Negeri yang baru.

Setelah Peja letak jawatan Menteri Besar Perak, maka dengan sendirinya Kerajaan Negeri Perak PH jatuh.

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK:

Pasal XVI (2) (a);

Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang Ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu;

KEDUDUKAN KERUSI DUN PERAK. TERKINI:

PERIKATAN NASIONAL

Jumlah ADUN menyokong Kerajaan PN yang baru:

28 + 4 + 5 = 37 ADUN.

MENYOKONG PEJA SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK:

4 + 5 = 9 ADUN.

MENYOKONG SAARANI SEBAGAI MENTERI BESAR PERAK:

25 (UMNO) + 3 (PAS) = 28 ADUN.

PEJA TELAH MENGADAP SULTAN PERAK DAN PERSEMBAH 9 ADUN YANG MENYOKONG BELIAU UNTUK TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK YANG BARU.

Muafakat Nasional dengan 28 ADUN (25 UMNO + 3 PAS) mempersembahkan kepada DYMM Tuanku untuk Dato Saarani dilantik sebagai Menteri Besar Perak berpandukan kepada 28 kerusi yang menyokong beliau berbanding dengan 9 untuk Peja.

UMNO dan PAS bergabung mempunyai 28 orang ADUN.

Manakala, Peja hanya mempunyai 9 orang ADUN sahaja.

Kecuali Peja mengadakan pakatan berasingan dengan parti DAP, AMANAH dan PKR.

Ini amat bertentangan dengan SEMANGAT PERIKATAN NASIONAL di peringkat Kebangsaan.

UMNO dan PAS telah berkorban menyokong TSMY sebagai Perdana Menteri ke-8.

Tidak mungkin Peja melakukan KHIANAT DI BELAKANG PM MUHYIDDIN, dengan mengadakan kerjasama bersama parti rasis DAP di Perak.

Baginda Sultan boleh membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan;

PADA TIMBANGANNYA / IN HIS JUDGEMENT;

Seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak tersebut, “…yang pada timbangannya (Tuanku) boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri..” untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak dan seterusnya membentuk satu Kerajaan Negeri yang baru.

PRECEDENT KES:

Kes Nizar lawan Zambry di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan (Appeal Court), perlu digunakan sebagai rujukan.

INTERPRETASI: PADA HEMAT BAGINDA:

Bermaksud;

WHAT IN HIS MIND (SULTAN), ABSOLUTE DISCRETION.

Bermaksud;

PERKARA YANG DI DALAM PERTIMBANGAN BAGINDA – APABILA SESUATU KEPUTUSAN TELAH DI PUTUSKAN, MAKA KEPUTUSAN TERSEBUT TIDAK BOLEH DICABAR.

Dan hak membuat keputusan ini adalah:

HAK MUTLAK TUANKU SULTAN (ABSOLUTE DISCRETION).

Oleh yang demikian, kemungkinan ada keperluan untuk Baginda Sultan memanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, tanya dan pastikan siapa yang mereka sokong seperti yang telah dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong baru-baru ini mengambil ‘precedent’ apa yang dilakukan oleh Almarhum Sultan Azlan pada tahun 2009 di Perak.

Sekiranya tiada satu kumpulan pun mempunyai majoriti mudah iaitu sokongan daripada 30 Orang ADUN untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Maka, Baginda Sultan mempunyai 2 pilihan:

1. MEMILIH SEORANG ADUN YANG PADA TIMBANGANNYA BOLEH MENDAPAT KEPERCAYAAN SEBAHAGIAN BESAR DARIPADA AHLI-AHLI DEWAN NEGERI.

2. MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK

Untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri diadakan.

AMPUN TUANKU. RAKYAT MENUNGGU KEPUTUSAN DYMM TUANKU SULTAN.

Menjunjung titah, Tuanku.

Salam.

DATUK SAIFUL BAHAR ARSHAD

11 MAC 2020

Ipoh, Perak.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts