KABINET SEJAHTERA: MASA UNTUK BEKERJA

417
SHARES
2.4k
VIEWS

Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan kesyukuran apabila terlerai teka-teki pembentukan Menteri Kabinet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Secara umumnya pelantikan dibuat begitu teliti dengan memberi peluang kepada golongan teknokrat dan profesional menerajui saf Jemaah Menteri selain tokoh politik lain yang berpengalaman.

Sekali lagi, PAS ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas pelantikan wakil daripada PAS mengganggotai Kabinet Kerajaan Malaysia yang baharu yang diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, YB Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Ini membuktikan kesepakatan antara parti Perikatan Nasional (PN) untuk terus mentabdir negara kita ke arah yang lebih sejahtera.

Ia juga merupakan hasil kebijaksanaan kepimpinan PAS yang diterajui oleh Presiden, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang begitu berhati-hati dan berhemah merungkai kekusutan kemelut politik yang berlaku.

Namun, jangan kita leka kerana pelantikan ini merupakan titik permulaan untuk bekerja demi rakyat.

Dalam ucapan Perdana Menteri jelas menggambarkan komitmen supaya kerajaan lebih fokus kepada keberkesanan penyampaian perkhidmatan mengambil kira aspek telus, integriti dan peduli rakyat.

Jangan kita ulangi kesilapan-kesilapan lalu, kerana rakyat boleh menghukum bila-bila masa sahaja.

Semoga urusan pentadbiran kita semua dipandu oleh wahyu Allah dan dipermudahkan olehNya.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD

Ketua Penerangan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

10 Mac 2020 | 15 Rejab 1441

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1389367567903022&id=170851869754604

https://berita.pas.org.my/kabinet-sejahtera-masa-untuk-bekerja/

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts