SEKALUNG TAHNIAH KEPADA KERAJAAN BAHARU MALAYSIA

577
SHARES
3.4k
VIEWS

Kenyataan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

9 Mac 2020  l  14 Rejab 1441

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan tahniah kepada jemaah menteri yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada sidang petang tadi. Pengumuman tersebut merupakan pengumuman bersejarah kerana PAS merupakan sebahagian dari kerajaan Pusat setelah kerajaan PH terbubar dengan peletakan jawatan Tun Mahathir tempoh hari. Sudah pasti, kerajaan baharu yang dikemudi oleh kerjasama parti-parti dalam Perikatan Nasional ini menjadi harapan bagi memulihkan semula negara setelah dirosakkan oleh kerajaan PH sepanjang 22 bulan memerintah.

2. Jemaah menteri yang diumumkan tadi menarik perhatian ramai pihak kerana memperlihatkan gagasan yang dibawa oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS mengenai Kerajaan Teknokrat yang diimplimentasikan dalam pembentukan kerajaan pada hari ini. Keseimbangan dalam kemahiran, pengalaman dan kewibawaan antara menteri-menteri yang dilantik merupakan langkah permulaan yang terbaik untuk kerajaan baharu di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri memulakan pentadbiran.

3. DPPNS tekad memberikan sokongan dan dokongan bagi menjayakan agenda demi kestabilan politik, kesejahteraan negara dan keharmonian dalam masyarakat majmuk agar pembinaan Malaysia Sejahtera dapat dicapai sebagaimana tuntutan yang terdapat al-Quran yang disebut sebagai بلدة طيبة ورب غفوز (negara yang baik lagi mendapat pengampunan Tuhan).

4. DPPNS juga mengucapkan tahniah kepada pimpinan PAS yang diberi kepercayaan dengan lantikan sebanyak 3 Menteri dan 5 Timbalan Menteri dalam pentadbiran kerajaan baharu dari kalangan PAS. Sudah pasti ini merupakan satu kepercayaan yang diberikan sekaligus mengiktiraf kelebihan dan kepakaran yang ada dalam PAS pada posisi yang diletakkan.

Demi Islam

Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi bin Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3159109587473658&id=225685927482720

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts