AMAR PERLU NILAI ‘TIN KOSONG’ RAZLAN

366
SHARES
2.2k
VIEWS

Mahkamah Tinggi pada 4 Julai membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media termasuk netizen daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kemudiannya Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii yang juga Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan memberi amaran kepada Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh agar berhenti mengeluarkan kenyataan.

Ini kerana akhir-akhir ini beliau kelihatan seolah-olah ingin menonjol dalam siasatan 1MDB walaupun  sehingga kini belum ada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sebagai rekod, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail pada Julai 2015 berkata, mereka telah bersedia mendakwa Datuk Seri Najib.

Datuk Amar Singh kemudiannya membidas amaran Datuk Mohd. Razlan. Berikut adalah kronologi mengenai perintah larangan sementara tersebut:

  • 17 Mei – Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh membuat sidang media mengenai serbuan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan beberapa apartment berkaitan dalam siasatan yang berkaitan 1MDB pada malam 16 Mei
  • 27 Jun – Datuk Seri Amar Singh membuat kenyataan media mengenai nilai rampasan bernilai melebihi 1.1 bilion ringgit walaupun dipertikai kesahihan jumlah tersebut
  • 3 Julai Datuk Seri Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa keesokan harinya
  • 4 Julai – Peguam Datuk Seri Najib, Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah memperoleh perintah mahkamah sementara menghalang media termasuk netizen membuat kenyataan atau mengulas berkaitan empat pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak mengenai dana SRC International Sdn. Bhd. hingga mewujudkan prasangka adalah satu penghinaan kepada mahkamah
  • 5 Julai – Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii memberi amaran kepada Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB yang memberi persepsi buruk terhadap Najib Razak.
  • 6 Julai – Datuk Amar Singh menyifatkan amaran Mohd. Razlan sebagai ‘tin kosong’. Beliau berkata, kenyataan atau sidang media yang dilakukan sebelum ini adalah berkaitan dengan 1MDB, pertuduhan yang dijalankan adalah berkaitan SRC International Sdn Bhd dan bukannya 1MDB (sebagai rekod, SRC International Sdn Bhd adalah anak syarikat 1MDB)

Sekiranya Datuk Seri Najib didakwa dalam skandal 1MDB kelak, tentunya perintah mahkamah yang sama akan diminta oleh peguam beliau dan selepas itu Datuk Amar Singh tidak lagi dibenarkan membuat sebarang kenyataan, sama ada beliau suka ataupun tidak.

Sewajarnya beliau mula berhati-hati mulai sekarang bukannya bersikap populis. Undang-undang perlu ditegakkan dengan keadilan bukannya dengan tanggapan.

Kita mengharapkan beliau selaku Pengarah JSJK yang mempunyai tanggungjawab besar membasmi jenayah komersial, bersikap agresif dengan menyelesaikan kes penipuan perbankan melalui telefon, sindiket pinjaman haram ‘Ah Long’ dan penipuan pelaburan yang semakin kerap akhir-akhir ini, bukannya agresif hanya terhadap kes 1MDB.

Apatah lagi penipuan Love Scam oleh warga asing Nigeria yang dilihat seperti tiada kesudahan sejak sekian lama.

Semoga Datuk Amar Singh dapat menjalankan tugas dengan baik serta tidak berat sebelah apatah lagi beliau baharu sahaja dilantik sebagai Pengarah JSJK pada 10 Oktober 2017 yang tentunya mempunyai keazaman untuk melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts