PELANTIKAN DATO’ SRI REEZAL MERICAN KE KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

437
SHARES
2.6k
VIEWS

GPMS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu. Jelas, pemilihan beliau oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ini merupakan manifestasi hasrat YAB Perdana Menteri untuk memilih hanya yang terbaik untuk memimpin segenap kementerian.

Sesungguhnya nama YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican sangat tidak asing dalam arena pembangunan dan perjuangan belia di Malaysia. Beliau pernah menabur bakti kepada belia Malaysia menerusi penglibatan aktif beliau dalam GPMS semasa menjawat jawatan Presiden GPMS selama beberapa tahun dahulu.

Ibarat sirih pulang ke gagang, beliau kini bakal kembali ke arena belia untuk menyumbang khidmat sekali lagi dengan menerajui kementerian yang bertanggungjawab dalam pembangunan belia dan sukan di Malaysia.

Sesungguhnya GPMS yakin dan percaya sebagai pemimpin yang menjiwai aspirasi belia di Malaysia, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican akan dapat mendepani cabaran yang dihadapi belia Malaysia di zaman serba mencabar ini serta dapat memikul tanggungjawab membangunkan belia dan sukan Malaysia keseluruhannya.

Sebagai antara persatuan belia tertua di Malaysia, GPMS berbesar hati untuk menggembleng segenap kudrat dan tenaga dalam membantu YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dalam agenda pembangunan belia, lebih-lebih lagi yang berkaitan pendidikan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas, YB Dato’ Sri! Selamat maju jaya.

‘Belajar Terus Belajar’

Mohd Alif Anas Haji Md Noor

Presiden

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts