SULAIMAN MD ALI DILANTIK KETUA MENTERI MELAKA KE-12, PAKATAN HARAPAN PULA PERAK TUMBANG

419
SHARES
2.5k
VIEWS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali, dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, di sini petang ini.

Manakala Kerajaan Pakatan Harapan yang menerajui negeri Perak pula tumbang hari ini selepas 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju membentuk kerajaan baharu, menjadi negeri ketiga selepas Johor dan Melaka. 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berkata, kerajaan negeri kini terbentuk hasil gabungan wakil rakyat UMNO (25 kerusi), PAS (3 kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (4 kerusi).

Jelasnya, Bersatu mendapat pertambahan dua lagi kerusi selepas penyertaan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Jika di Melaka menyaksikan ADUN DAP iaitu Datuk Norhizam Hassan Baktee bertindak keluar parti, di Perak pula menyaksikan dua ADUN DAP juga keluar parti bagi menyokong Perikatan Nasional. 

ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong A.Sivasubramaniam, bertindak keluar parti hari ini bagi menyokong Perikatan Nasional.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts