SUDAH TIBA MASANYA AHLI PARLIMEN AMBIL SERIUS MENANGANI ISU LOMPAT PARTI

370
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

1. Pergolakan politik sejak 2-3 minggu dan sebelum ini mengingatkan kita kepada betapa mustahaknya satu perkara asas ini.

2. Segala formula campur sini tolak sana dan congak politik yang kita buat juga berkisar kepada satu perkara asas ini.

3. Andaian dan khabaran macam-macam sekarang ini yang berlaku untuk menubuhkan struktur kabinet kerajaan baharu ini bertitik tolak kepada satu perkara asas ini.

4. Perkara asas itu ialah tidak ada sebarang klausa dalam kelayakan seseorang Ahli Parlimen yang tidak membenarkan Ahli Parlimen lompat parti.

5. Tidak ada “Ahli Parlimen itu secara automatik akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen jika lompat parti”. 

6. Maksudnya, kerusi Ahli Parlimen itu adalah hak milik Ahli Parlimen itu dan beliau boleh keluar masuk mana-mana parti sesuka hati mereka.

7. Label ‘pengkhianat’ digunakan kerana “mengkhianati undi atau amanah atau kepercayaan rakyat dan macam-macam lagi”. Itu alasan orang politik.

8. Rakyat yang mendengar alasan-alasan ini akan kagum dengan ‘prinsipal’ dan ‘ketegasan’ pihak yang bercakap. TAPI esoknya, pihak itu terima Ahli Parlimen yang lompat ke parti mereka!

9. Jika benar-benar tidak mahu mengkhianati hak dan amanah rakyat, setiap Ahli Parlimen patut menyokong usul undang-undang anti-lompat parti.

10. Dan usul ini akan menjadi usul pertama yang diluluskan sebulat suara pada Sidang Parlimen nanti, itupun jika Ahli-ahli Parlimen benar-benar serius dan tidak terfikir untuk melompat parti!

11. Satu perkara yang kita boleh buat ialah dengan mengusul “undang-undang anti-lompat parti mesti diluluskan dengan segera” semasa mesyuarat cawangan dan bahagian parti masing-masing TIDAK KIRA anda ahli BN, PPBM, PKR, PAS, PAN parti-parti di Sarawak dan Sabah.

12. Warga netizen daripada pelbagai pendirian politik juga patut bersama-sama menyuarakan sokongan supaya undang-undang anti lompat parti diluluskan dengan segera. Let them hear our voice. Let this be people’s movement usahasama kita rakyat biasa!

Seriously…… rakyat sudah muak dengan percaturan politik lompat parti ini dan kerusi Ahli Parlimen jadi hak milik peribadi! Politiking di negara ini akan berterusan sampai bila-bila jika undang-undang anti lompat parti tidak diluluskan segera. #peoplesmovement #antilompatparti

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts