KABINET TSMY: ANTARA REALITI POLITIK, KEHENDAK PEMIMPIN DAN RAKYAT

534
SHARES
3.1k
VIEWS

Fokus negara ketika ini ialah pembentukan Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelbagai hasrat diutarakan kepada TSMY.

Ramai Ahli Parlimen dan golongan profesional merasakan dirinya layak diangkat sebagai Menteri di dalam Kabinet TSMY.

Ada pihak mahukan TSMY melantik Menteri yang bersih dan mempunyai integriti, agar rakyat dapat melihat ini satu kerajaan yang bersih dan terbaik untuk negara terus maju kehadapan.

Dan dihormati oleh pemimpin-pemimpin politik antarabangsa.

Kalau ini diterjemahkan, bermakna Zahid Hamidi tiada tempat di dalam Kabinet TSMY, walaupun Barisan Nasional mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang paling ramai di dalam gabungan parti-parti pemerintah ini.

Ada pihak tidak bersetuju kerana 2 sebab:

1. Sebab yang pertama, tuduhan-tuduhan terhadap Zahid adalah merupakan tuduhan political motivated.

Tuduhan berpaksikan selective prosecution.

Tuduhan terpilih dan tuduhan politik yang dibuat kerana mahu Presiden UMNO ditumbangkan.

Mahathir mahu Presiden UMNO ditumbangkan.

Mahathir mahu UMNO dilihat sebagai satu parti yang kotor dan rasuah.

Mahathir mahu UMNO berkubur atau diharamkan, agar pemimpin dan ahli-ahli UMNO lari masuk ke dalam parti BERSATU.

BERSATU mahu jadi parti UMNO 2.0.

2. Kedua, mengikut precedent, yang dibuat Mahathir, tetap melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan pada bulan Mei 2018. 

Walaupun Guan Eng berhadapan dengan TUDUHAN RASUAH MEMBELI BANGLO DI PULAU PINANG DENGAN HARGA YANG MURAH.

Oleh yang demikian, PM TSMY perlu membuat keputusan sama ada wujud keperluan untuk Zahid Hamidi menyertai Kabinet ataupun tidak.

Rakyat tidak perlu membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan senarai-senarai Kabinet yang palsu (fake Cabinet list).

JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI MENJADI REBUTAN:

Jawatan yang paling menjadi rebutan ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Jawatan no. 2 dalam Kabinet merupakan jawatan yang paling menjadi idaman pemimpin-pemimpin politik negara.

APA KATA JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI DIKOSONGKAN.

Apa kata TSMY tidak melantik sesiapa sebagai TPM.

Hanya melantik Menteri-menteri dan Timbalan Menteri sahaja.

Sebenarnya jawatan Timbalan Perdana Menteri sememangnya tidak disebut di mana-mana Fasal di dalam Perlembagaan negara Malaysia.

Sekiranya jawatan TPM tidak diisi buat sementara ini, perebutan tidak akan berlaku.

Tiada pihak akan berkecil hati atau akan merajuk.

SEGALA-GALA DI TANGAN TS MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI PERDANA MENTERI KE 8.

Rakyat menunggu dengan sabar.

Salam.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts