SOKONG DAN BERSEDIA MEMBANTU MEREALISASIKAN HALA TUJU NEGARA

370
SHARES
2.2k
VIEWS

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

3 Mac 2020  l  8 Rejab 1441

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyatakan secara terbuka sokongan dan kesediaan penuh bagi membantu merealisasikan hala tuju negara di bawah pentadbiran kerajaan baharu yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.

2. Ucapan PM semalam menunjukkan betapa peri pentingnya sokongan dan dokongan padu dari seluruh pihak dan pelbagai peringkat bagi memulihkan semula negara Malaysia setelah dirosakkan oleh kerajaan PH walau hanya diperintah selama 22 bulan. Ia pastinya perlu dimulai dengan pembentukan Kabinet Malaysia yang baharu yang diisi dari kalangan ahli yang bersih, berintegriti dan berkaliber sebagaimana yang dijanjikan oleh YAB PM.

3. Dengan berbekalkan pengalaman 40 tahun dalam dunia politik, YAB PM dilihat mempunyai kelebihan yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi memastikan negara Malaysia terus berada di persada dunia dan ia mestilah dibuktikan dengan komited dalam pegangan melunaskan janji yang diberikan tanpa mengulangi semula kesilapan kerajaan PH yang terdahulu.

4. DPPNS sentiasa bersedia dengan menurut arahan kepimpinan utama parti dari masa ke semasa untuk memberikan seluruh bantuan tenaga kerja bagi memastikan hala tuju negara Malaysia era Kerajaan Perpaduan Ummah ini dapat dicapai dan direalisasikan demi kepentingan agama, ummah dan negara. Rakyat pastinya sedang menanti apa rentak terbaru yang akan dilakukan oleh kerajaan baharu pada hari ini dengan pembaharuan yang lebih membawa manfaat besar pada rakyat sama ada dari sudut perpaduan, kebajikan, ekonomi dan sosial.

5. DPPNS berharap dengan tempoh yang ada sebagai sebahagian dari Kerajaan Pusat serta di beberapa negeri lagi yang bakal menyusul ekoran perubahan landskap politik di Tanah Air, Muafakat Nasional (MN) mesti terus terkehadapan dalam memimpin perpaduan ummah dengan kembali menyatu padukan rakyat yang pelbagai kaum dengan tonggak Rukun Negara yang dijunjung serta Perlembagaan Persekutuan yang menjadi lembaran perjalanan kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni dan sejahtera.

Demi Islam

Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi bin Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3143953615655922&id=225685927482720

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts