HENTIKAN BERPOLITIK, TUMPU BANGUNKAN KERAJAAN BERINTEGRITI DAN BERWIBAWA

377
SHARES
2.2k
VIEWS

Kenyataan Media Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) amat bersyukur kemelut politik negara telah berakhir dengan baik dan rakyat telah merasa lega selepas majlis angkat sumpah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 yang sah di Istana Negara.

UMMAH menyarankan dibangunkan sebuah kerajaan yang mendapat sokongan dan dokongan semua pihak, menjadi ejen penyatuan ummah, mengukuhkan integrasi nasional, bersih, berintegriti dan kompeten.

Selain itu, tugas besar Perdana Menteri adalah mengukuhkan sebuah kerajaan yang meyakinkan rakyat dan juga pelabur luar bagi membina sebuah negara yang stabil, aman dan sejahtera.

UMMAH turut mengucapkan selamat bertugas kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semoga beliau dapat menggalas tanggungjawab ini dengan bijaksana berpandukan Al-Quran dan Sunnah mengambil kira kepentingan kepelbagaian kaum di Malaysia.

MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
1 Mac 2020 | 6 Rejab 1441

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts