DERHAKA

937
SHARES
3.5k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya 

Agong ini terlalu baik bagi saya. Sejak dari awal saya melihat bagaimana Seri Paduka Baginda berusaha keras untuk berlaku adil kepada semua.

Ketika SD pertama dikemukakan, semua orang tahu Tun Mahathir (ketika itu calon Perikatan Nasional) telah mendapat sokongan majoriti. Seri Paduka Baginda boleh saja memilih untuk mengisytihar Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri semula, tetapi baginda tidak berbuat demikian.

Sebaliknya Seri Paduka Baginda memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istana untuk membuktikan sokongan kepadanya pula.

Sebegitu teliti baginda cuba berlaku adil walaupun drama ini sebenarnya adalah ciptaan bodoh ahli politik untuk meragut kuasa.

Baginda layan. Baginda sabar. Tidak ada setitik alis di wajah baginda untuk merasa murka.

Ketika rakyat lelah, Seri Paduka Baginda turun ke luar pagar istana. Bukan hendak bahagi makanan sangat. Baginda turun untuk memberitahu rakyat, “All is well“. Jangan bimbang.

Baginda boleh murka. Tetapi rakyat adalah keutamaan baginda.

Seminggu Seri Paduka Baginda memberi masa, melayan kerenah bangsat sebahagian daripada kalian yang mabuk berpegang pada tali kuasa.

Semuanya dan semuanya kerana baginda mahukan kestabilan hakiki dalam negara.

Dan kali ini apabila Seri Paduka Baginda membuat keputusan, kalian secara terbuka derhaka mempertikaikan?

Ahli politik celaka apakah ini?

Kalian berjanji untuk menghormati. Tetapi apabila ia tidak menyebelahi diri sendiri, kalian mungkiri.

Kalian buka sahaja derhaka. Kalian munafik bangsa dan negara.

Kami rakyat akan sentiasa setia bersama Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja. 

Baginda payung negara. Bukan payung nafsu kalian semua!

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3060997203950282&id=100001200986490

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts