JANGAN HERET YDP AGONG DAN RAKYAT KE KANCAH POLEMIK AHLI-AHLI POLITIK GILA KUASA

385
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Seperti yang disangka, sehingga pagi ini masih ada perubahan dan u-turn terhadap calon dan sokongan ke atas calon-calon Perdana Menteri daripada Ahli-ahli Parlimen mahupun parti-parti politik.

Ini tentunya meletakkan Institusi Yang Dipertuan Agong di keadaan yang sukar dan ia adalah tidak adil kepada SPB YDP Agong.

Kerana apa-apa keputusan yang dibuat oleh SPB YDP Agong yang menyebelahi satu calon dan tidak memihak kepada calon lain akan pastinya dipertikai oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati.

Contohnya, sekiranya Perdana Menteri dilantik berdasarkan kehendak ketua-ketua parti politik dan bukannya sokongan setiap Ahli-ahli Parlimen seperti dalam Perlembagaan, maka akan ada Ahli-ahli Parlimen yang membawa hal ini ke mahkamah dan ke jalanan untuk mempertikaikan keputusan YDP Agong tersebut jika pendirian Ahli Parlimen itu secara individu tidak sama dengan pendirian ketua parti politiknya.

Ini tentunya akan membawa Institusi Diraja dan SPB YDP Agong ke kancah krisis Perlembagaan dan polemik politik yang berpanjangan.

Oleh sebab itu, untuk mengelakkan hal ini dan mempertahankan Institusi Raja-raja dan kedaulatan DYMM SPB YDP Agong, saya dengan rendah diri mencadangkan agar SPB YDP Agong membubarkan Parlimen dan mengembalikan keputusan pemilihan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan ke tangan rakyat melalui pilihan raya yang baru.

Rakyat sudak muak dengan kemelut politik ini dan dengan ahli-ahli politik yang gila kuasa.

Kepada ahli-ahli politik yang gila kuasa ini, jangan heret rakyat dan YDP Agong ke polemik dan masalah kegilaan kuasa anda.

Hormati apa-apa keputusan dan titah DYMM SPB YDP Agong.

Daulat Tuanku.

Bubar.

29 Februari 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/664923014263226/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts