MAHATHIR TAHU MUHYIDDIN TIDAK AKAN JADI PERDANA MENTERI

474
SHARES
2.8k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Mahathir telah mencadangkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri.

Ini kerana setelah mengadap DYMM SPB YDP Agong, Mahathir tahu yang sokongan sebenar Ahli-ahli Parlimen kepada dirinya adalah paling rendah jika dibandingkan dengan pilihan lain iaitu Anwar atau bubar.

Sokongan kepada Mahathir (dan partinya Bersatu) sebenarnya adalah lebih rendah daripada yang disangka.

Mahathir tentunya tahu Muhyiddin tidak akan dapat jadi Perdana Menteri.

Ini kerana partinya Bersatu berada dalam keadaan paling lemah dan terdesak kini.

Daripada 12 kerusi Parlimen Bersatu yang asalnya dimenangi pada PRU-14 yang lepas, lebih separuh atau 7 daripadanya kalah beribu-ribu undi jika dibandingkan dengan gabungan undi UMNO dan PAS.

Dan selebihnya 5 lagi kerusi seperti Muar, Alor Gajah dan Simpang Renggam yang dimenangi oleh mereka dalam PRU-14 yang lepas adalah kerana undi bukan Melayu terutama daripada kaum Cina dan DAP yang tentunya tidak akan mengundi mereka lagi kini dan pada pilihan raya umum yang akan datang.

14 lagi kerusi Bersatu kini adalah daripada bekas Ahli Parlimen UMNO yang telah melompat parti ke Bersatu selepas PRU-14. Kerusi-kerusi Parlimen ini adalah kawasan Melayu.

14 Ahli Parlimen Bersatu yang lompat parti ini telah dilabel sebagai pengkhianat oleh akar umbi dan orang-orang Melayu yang mengundi mereka dulu.

Dan jika mereka bertanding di atas tiket Bersatu melawan Muafakat Nasional di kawasan-kawasan ini lagi besar kemungkinan mereka akan kalah.

Dengan tumbangnya kerajaan PH dan Bersatu keluar daripada PH, Bersatu dan Presidennya Muhyiddin serta Pengerusinya Mahathir sudah menjadi tidak relevan.

Dahulu mereka bekerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan BN dan PAS.

Kini apabila mereka terdesak, kita tidak perlu menolong mereka dan ‘melepaskan buaya yang tersepit’.

Kerana jika mereka telah mengkhianati kita dahulu, apakah kita yakin yang mereka tidak akan mengkhianati kita lagi?

Terus istiqamah.

Bubar.

28 Februari 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/664332900988904/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts