TIADA MESYUARAT KHAS DEWAN RAKYAT PADA 2 MAC – SPEAKER

393
SHARES
2.3k
VIEWS

Secara rasminya Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 2 Mac 2020 yang sebelum ini telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak akan dilangsungkan kerana bercanggah dengan peraturan Dewan Rakyat.

Menurut kenyataan media oleh Yang Di-Pertua Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Bin Md Yusof, bertarikh 28 Februari, selain ia tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3), beliau juga berpandangan sebarang keputusan wajar ditentukan selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Sebagai rekod, Seri Paduka Baginda YDP Agong hari ini bertitah Majlis Raja-raja untuk bermesyuarat selepas Solat Jumaat bagi mengambil keputusan berdasarkan situasi politik dan kemelut yang berlaku dalam negara selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri ketujuh.

Keputusan ini juga diambil selepas Seri Paduka Baginda menemubual semua 222 Ahli Parlimen untuk menentukan sokongan terhadap calon Perdana Menteri kelapan.

Justeru TIADA Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 2 Mac, seperti yang ingin dibuat oleh Tun Mahathir ini bagi menentukan siapakah Perdana Menteri kelapan.

Selepas meletakkan jawatan dan tidak lagi menjadi Perdana Menteri, segala kuasa penuh terletak pada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan terpulang pada Baginda Tuanku untuk mengambil keputusan sewajarnya demi kebaikan untuk rakyat dan negara seluruhnya.

Selepas pengumuman titah rasmi tersebut, rakyat sekaliannya wajib taat mematuhi sebarang keputusan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. 

Daulat Tuanku. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts