BUBAR PARLIMEN PILIHAN TERBAIK UNTUK RAKYAT!

685
SHARES
3.2k
VIEWS

Nicole Wong

Penganalisis dari Moody’s berpendapat bahawa ketidaktentuan persekitaran politik semasa di Malaysia dilihat akan menjejaskan pelaburan swasta dan jika berpanjangan ia akan meningkatkan risiko penurunan profil kredit negara ini.

Beliau berkata, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar Malaysia bagi 2020 akan perlahan kepada 4.2 peratus berbanding 4.9 peratus, paras terendah 10 tahun pada 2019, dengan risiko penurunan daripada ketegangan perdagangan global berterusan dan penularan COVID-19.

Di samping itu, Fitch Solutions pula melihat peningkatan ketara dalam risiko politik di Malaysia berikutan kemungkinan Pakatan Harapan dibubarkan.

Negara ini berada dalam keadaan tanpa kepemimpinan yang mana ia sangat diperlukan di tengah-tengah keadaan ekonomi yang perlahan dan keperluan menangani kesan penularan global COVID-19, justeru, Fitch membuat semakan semula Skor Risiko Politik Jangka Pendek kepada 69.8 berbanding 72.5 sebelum ini, bagi mencerminkan risiko kepada kestabilan sosial, penggubalan dasar dan kesinambungan dasar.

Bubar Parlimen. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts