TIADA KERAJAAN PERPADUAN BERSAMA RASIS CAUVANIS DAP

448
SHARES
2.6k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

25 Febuari 2020 | 1 Rejab 1441 H

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh ketegasan Muafakat Nasional dan pakatan blok pembangkang untuk tidak bersama dengan kerajaan perpaduan Tun Mahathir, sekiranya parti DAP bersama.

2. Selama 22 bulan pemerintahan, DAP lah yang banyak memberikan ancaman kepada perpaduan negara, dan menyebabkan ketidakstabilan politik, sehingga kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi dipercayai rakyat dan tumbang kerana konflik dalaman.

3. DAP juga adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai. DAP bertindak hipokrit apabila sebelum ini lantang mendesak Tun Mahathir agar menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, tetapi akhirnya membuat u-turn apabila menyokong Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri, setelah ‘nyawa’ di hujung tanduk.

4. Hakikatnya DAP sendiri, melalui tindakan-tindakan mereka selama memegang tampuk kerajaan, membuktikan mereka adalah sebuah parti yang rasis dan cauvanis. Tekanan dan desakan mereka supaya UEC diluluskan, serta campur tangan mereka dalam hal ehwal Islam dan Melayu, menyebabkan ketidakharmonian kepada negara dan perpecahan di kalangan masyarakat.

5. Tidak ada sebarang sebab yang munasabah untuk PAS bersama DAP membentuk kerajaan perpaduan. Sama ada kerajaan perpaduan tanpa DAP, atau serahkan kembali mandat kepada rakyat melalui pembubaran Parlimen. Kami rela menjadi pembangkang dari bersama DAP yang rasis dan cauvanis.

TOLAK DAP!

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Ketua

Dewan Pemuda PAS Malaysia

https://www.facebook.com/479387615411779/posts/3385145258169319/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts