WUJUDKAN KERAJAAN – GABUNGAN POLITIK MELAYU ISLAM TANPA DAP

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Krisis Pakatan Harapan (PH) yang mengakibatkan keadaan politik yang tidak stabil nyata berpunca daripada kerakusan kuasa yang yang diwujudkan oleh parti DAP sendiri.

Dengan jelas dan terang mereka terus menekan Tun Mahathir untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Akibatnya Tun Mahathir meletak jawatan dan parti Bersatu keluar daripada gabungan PH sehingga membawa terbubarnya kerajaan hari ini.

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menegaskan bahawa keadaan ini wajar diselesaikan dengan segera dengan membentuk gabungan parti¬parti dominan Melayu Islam.

Paling penting kerajaan baru dibentuk tanpa sebarang keterlibatan parti DAP yang begitu angkuh.

UMMAH mengharapkan kemelut dan krisis politik ini dapat diselesaikan dengan baik, aman dan mengutamakan kesejahteraan negara.

MOHD ZAI MUSTAFA

Pengerusi

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

25 Februari 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts