OPERA CINA, DRAMA, PERMAINAN DAN HALA TUJU POLITIK NEGARA

418
SHARES
2.5k
VIEWS

OPERA CINA:

Pada malam Jumaat, 21 Februari, jam 12.10 tengah malam di PC dengan pihak media, Dr. Mahathir kata;

“Terpulanglah kepada saya bila mahu berundur jadi Perdana Menteri”. 

Terpulanglah kepada saya mahu beri atau tidak (kepada Anwar)”. 

Aduh, satu Opera Cina tahap tertinggi sehinggakan Anwar tidak dapat tidur malam itu.

SABTU 22 FEBRUARI:

Angin bertiup kencang Anwar akan mengadap YDP Agong pada hari Isnin 24 Februari, jam 2.30 petang.

Berkemungkinan mahu mempersembahkan kepada Baginda bahawa dia ada 112 MP bersamanya.

Rujuk artikel dari Sarawak Report di pautan;

http://www.sarawakreport.org/2020/02/malaysias-meltdown-moment-inside-story/

First thing in the morning, Sarawak Report is told, Anwar made that personal call. Mahathir was driving to his office to hand in his resignation – exasperated at what he by then understood had been a vile deception by Anwar, pretending on Friday to support him whilst all along planning (Mahathir had been told) to see the Agong and seize power the coming Monday.”

Tidak diketahui dari mana drama ini bermula.

Akhirnya, Azmin Ali dipanggil pengkhianat.

Esoknya Ahad, Azmin dan Zuraida dipecat dari Parti PKR.

AHAD 23 FEBRUARI – DRAMA POLITIK BERMULA:

Jam 9 pagi, Dr. Mahathir sampai di Yayasan Selangor iaitu Pejabat Parti Bersatu dengan memandu kereta bersendirian.

Mesyuarat Bersatu bermula membincangkan isu terkini parti di dalam gabungan Pakatan Harapan.

Dr. Mahathir tinggalkan mesyuarat awal sekitar jam 2.30 petang. 

Ada sesuatu yang tidak kena antara Dr. Mahathir dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin (TSMY). 

TSMY teruskan mesyuarat sehingga jam 3 petang.

TSMY umum Bersatu keluar dari Pakatan Harapan.

Dengan pengumuman tersebut, PakatanHarapan terkubur dengan sendirinya.

Dr. Mahathir mahu bina satu kerajaan Perpaduan atau Unity Government.

5 Presiden parti mengadap YDP Agong petang itu, memaklumkan bahawa Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan. 

Pakatan Harapan sudah tiada lagi dan satu kerajaan baru mahu ditubuhkan.

Walaupun begitu, tiada pengumuman  dibuat pada malam tersebut.

ISNIN 24 FEBRUARI – DRAMA LAGI:

Anwar, Azizah dan Lim Guan Eng cuba mencari Dr. Mahathir di Putrajaya. Tunggu 1 jam, Dr. Mahathir tidak datang ke pejabat. Dr. Mahathir tidak mahu jumpa mereka bertiga.

Mereka terus ke rumah Dr. Mahathir di The Mines. Tunggu 2 jam. Dapat jumpa akhirnya.

Mereka cuba pujuk Dr. Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri untuk Kerajaan Pakatan Harapan dan bukan Kerajaan Baru.

Dr. Mahathir rupa-rupanya merajuk dan kecewa. Umum letak jawatan Perdana Menteri jam 1 tengah hari.

Kemudiannya umum letak jawatan sebagai Pengerusi Parti Bersatu.

Dr. Mahathir sudah tidak berparti.

PETANG ISNIN 24 FEBRUARI:

Ada cadangan calon Perdana Menteri Alternatif iaitu TSMY. SD baru di keluarkan tetapi kelihatan seperti tidak cukup untuk dapat sokongan dari 112 MP.

SELASA 25 FEBRUARI: HARI POLITICAL GAME:

TSMY dan Mukhriz ke rumah Dr. Mahathir untuk memujuk beliau kembali ke cadangan asal,  iaitu pembentukan Kerajaan Baru.

Dr. Mahathir ke Pejabat Putrajaya dan bertemu Presiden-Presiden Parti Politik, Abang Joe, Zahid Hamidi, TSMY, LGE, Hj. Hadi, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir setuju untuk kembali menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri tetapi dengan syarat beliau mahu membentuk:

UNITY GOVERNMENT.

(Kerajaan Perpaduan).

Dr. Mahathir kata:

Beliau akan memilih anggota kabinet tidak mengikut kedudukan parti tetapi secara individu dan mengikut kehendak beliau (Mahathir).

SAMA SEPERTI HARI JUMAAT:

Dr. Mahathir kata, terpulanglah kepada saya, siapa saya mahu pilih menganggotai Jemaah Menteri.

Dr. Mahathir mahu beberapa pemimpin DAP dilantik sebagai Menteri di dalam Kabinet baru ini.

UMNO, PAS dan BN tidak setuju.

ISTANA NEGARA – 2.30 PM:

UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS tidak setuju dengan kaedah pembentukan kerajaan Unity Government Dr. Mahathir.

Dengan itu, Statutory Declaration (SD) sokongan kepada Dr. Mahathir ditarik balik.

Sebaliknya UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS memohon YDP Agong:

MEMBUBARKAN DEWAN RAKYAT.

Kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara.

RABU 26 FEBRUARI – OPERA CINA DAN DRAMA HAMPIR BERAKHIR:

Rabu, YDP Agong akan meneruskan perjumpaan dengan Ahli-ahli Parlimen sebelum membuat keputusan siapa yang mempunyai confident Ahli-Ahli Dewan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan seterusnya membentuk kerajaan dan Kabinet yang baru.

Atau, sekiranya tiada, Baginda boleh membubarkan Dewan Rakyat.

PERMAINAN POLITIK TERAKHIR ANWAR IBRAHIM:

Kita tunggu hari ini, sama ada Anwar masih mempunyai strategi dan permainan politik yang terakhir iaitu sama ada berjaya atau tidak mengumpul 112 Ahli Parlimen menyokong beliau.

Sekali gus, mengangkat Anwar naik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Kalaulah ini berlaku, Dr. Mahathir akan kena GAME DAN CHECK MATE, dengan Anwar Ibrahim hari ini.

Rakyat menunggu episod terakhir drama Opera Cina pada hari ini.

APA KESUDAHANNYA.

Salam. 

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts