CADANG AHLI PARLIMEN MENGADAP YDP AGONG NYATAKAN SOKONGAN KEPADA MAHATHIR ATAU ANWAR

458
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Saya dimaklumkan bahawa terdapat ramai Ahli-ahli Parlimen yang mahu menukar sokongan mereka walaupun telah menandatangani Statutory Declaration menyokong Mahathir atau Anwar sebelum ini.

Sebelum ini mereka telah menandatangani Statutory Declaration tersebut melalui parti masing-masing dan mereka tidak mahu melawan arus keputusan parti walaupun mereka mempunyai pandangan persendirian yang berbeza.

Dan mereka terpaksa menjawab kepada pengundi-pengundi mereka di kawasan masing-masing yang tidak bersetuju dengan sokongan kepada Mahathir atau Anwar.

Oleh itu saya dengan rendah diri ingin cadangkan (seperti cadangan saya sebelum ini) supaya DYMM SPB Agong memanggil seorang demi seorang Ahli-ahli Parlimen secara berasingan untuk mengesahkan sokongan mereka dan tidak bergantung kepada Statutory Declaration yang dibawa oleh Mahathir ataupun Anwar.

Cara ini lebih baik untuk mengesahkan tahap sokongan Ahli-ahli Parlimen supaya keputusan sama ada melantik Perdana Menteri yang baru atau membubarkan Parlimen dapat dibuat dengan lebih yakin.

ISHAM JALIL
24 Februari 2020

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/661498954605632/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts