TUN MAHATHIR BAKAL JADI PERDANA MENTERI ‘HAT-TRICK’?

575
SHARES
3k
VIEWS

Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatannya selaku Perdana Menteri kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada jam 1 tengahari.

Parti Bersatu juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi keluar daripada Pakatan Harapan melalui kenyataan media oleh Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejurus selepas itu Tun Mahathir juga mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu. 

Justeru sekiranya Tun Mahathir berjaya membentuk kerajaan baharu bersama Barisan Nasional, PAS, GPS, Warisan dan PKR serta parti lain, beliau bakal mencipta sejarah peribadi menjawat jawatan Perdana Menteri sebanyak tiga kali, seperti Perdana Menteri India, Atal Bihari Vajpayee.

Sebagai rekod, Tun Mahathir telah berkhidmat selaku Perdana Menteri sebanyak dua kali sebelum ini iaitu sebagai Perdana Menteri keempat dan ketujuh dan jika diizinkan Allah Taala beliau akan menjawat jawatan Perdana Menteri kelapan dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Harapan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts