KULIAH KHAS UNTUK GUAN ENG, TONY PUA DAN KONCO-KONCONYA

490
SHARES
2.9k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Wee Ka Siong

Yang dapat bayaran ‘one-off’  mySalam cuma 9,662 orang daripada 4.5 juta orang di bawah kategori B40. Ada lagi puluhan ribu orang memohon bantuan mySalam tetapi DITOLAK! Guan Eng, Tony Pua dan konco-konconya mahu tipu siapa lagi? Dari 9,662, hanya 1,448 orang sahaja yang terima RM8,000 itu dari kalangan B40 yang berjumlah 4.5 juta orang.

Baki 8,214 orang cuma terima ganti rugi RM50 sehari di bawah skim mySalam atau secara purata RM257 seorang. Kalau macam ini, lebih baik pergi ke hospital kerajaan saja tidak perlu guna mySalam!

Rujukan: More than 1,448 people received the RM8,000 lump sum critical illness benefit, while over 8,214 individuals received the daily RM50 hospitalisation allowance benefit that is capped at 14 days’ maximum yearly.

https://codeblue.galencentre.org/2020/02/11/mysalam-paid-rm14mil-in-2019-3pc-of-funds-received/

Mari kita imbas kembali ketika BR1M diperkenalkan oleh Kerajaan BN dahulu di mana skim i-BRIM turut dilaksanakan. Menurut jawapan di Dewan Negara bertarikh 2 Disember 2014 yang dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Chua Tee Yong, jumlah premium yang dibayar kepada syarikat takaful adalah sebanyak RM197 juta. Kalau tidak percaya, boleh rujuk hansard.

Hansard tulen dan tidak boleh dipadam tau! Tuntutan i-BR1M sehingga 2 Disember 2014 adalah sebanyak RM52 juta. Itu hanya untuk 16,000 orang berbanding jumlah sebenar yang layak mendapat i-BR1M adalah seramai 24,000 orang. Ini bermaksud, seramai 8,000 orang lagi yang belum mengemukakan tuntutan mereka pada ketika itu.

Mereka dibenarkan mengemukakan tuntutan sebelum tarikh tamat iaitu sehingga 31 Mac 2015. Jadi, jumlah tuntutan untuk i-BR1M sepanjang tahun 2014 ialah RM78 juta. Di bawah skim i-BR1M, premium takaful yang dibayar adalah RM197 juta dan tuntutan pula sebanyak RM78 juta.

Ketika itu, parti pembangkang PKR dan DAP membalun kerajaan BN dan mendakwa ia merugikan.

Rujuk:

https://www.amkmalaysia.com/penolakan-tuntutan-i-br1m-tidak-munasabah-kar-hing-gesa-kerajaan-siasat-dan-jelaskan/

Eh YB Dr. Lee Boon Chye pun ada semasa sidang media tersebut! Sekarang Dr. Lee dah jadi Timbalan Menteri Kesihatan bawah PH. Sekarang PH memerintah, mySalam bayar premium takaful sebanyak RM400 juta dan hanya dapat tuntut RM13.7 juta saja!

Lagipun, dari segi jumlah bayaran takaful yang diterima oleh golongan B40 yang mengalami kecacatan / kelumpuhan kekal, i-BR1M bayar RM30,000 berbanding MySalam hanya bayar RM8,000. Ini adil ke?

Tambahan lagi, kematian disebabkan oleh kemalangan turut dibayar RM30,000 di bawah skim i-BR1M. Di mana perginya pengkritik i-BR1M dulu, kenapa diam-diam? Masuk gua ke?

Kenapa Lim Guan Eng dan Tony Pua tidak rujuk kepada pegawai Kementerian Kewangan tentang pengalaman mereka berunding dengan syarikat takaful mengenai kadar pampasan kepada B40 di bawah i-BR1M yang jauh lebih tinggi berbanding skim MySalam, hanya RM8,000 untuk kelumpuhan kekal.

Berbanding dengan zaman BN, bila ada teguran tentang i-BR1M, maka skim ini telah dibatalkan dan diubahsuai sebagai bayaran khairat kematian kepada penerima BR1M. Kali ini, bila saya tegur tentang mySalam, Lim Guan Eng, Tony Pua dan rakan-rakan dalam PH kuat melenting dan terus menggasak saya secara membuta tuli.

Program BR1M merupakan bantuan tahunan yang telah bermula pada tahun 2012. Setiap tahun, pelbagai langkah penambahbaikan telah dilakukan oleh kerajaan seperti peningkatan nilai bantuan, penambahan kategori baru serta pengenalan takaful kematian i-BR1M.

Pada tahun 2015, kerajaan juga telah bersetuju untuk menggantikan i-BR1M kepada Skim Khairat Kematian (SKK). Penggantian ini mengambil kira pandangan serta pengalaman hasil pelaksanaan i-BR1M 2014 di mana bagi SKK (Skim Khairat Kematian), kerajaan hanya akan membelanjakan peruntukan mengikut jumlah sebenar kematian serta tidak lagi perlu untuk membayar premium kepada syarikat takaful.

Sebagai kesimpulan, zaman BN “bayar RM197 juta premium, tuntut RM78 juta” dikatakan tidak menguntungkan rakyat. Tetapi zaman PH ini, Lim Guan Eng, Tony Pua dan konco-konco bangga “bayar RM400 juta premium tuntut RM13.7 juta”?

Berbaloi ke wahai pemimpin PH

Dipetik dari laman Facebook beliau di;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1519675521533280&id=1002345083266329&ref=page_internal

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts