KRONOLOGI DESAS-DESUS PENGATURAN SEMULA POLITIK NEGARA

449
SHARES
2.6k
VIEWS

Hari ini perhatian media tertumpu pada desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula lanskap politik negara yang mana beberapa mesyuarat penting dilihat berlangsung di beberapa lokasi berbeza.

Berikut adalah kronologinya:

9 pagi – 1 tengah hari

  • Pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Malaysia berkumpul di ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya
  • Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, menghadiri mesyuarat itu diiringi Presiden Bersatu, yang juga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dilihat berada di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

1 tengah hari – 4 petang

  • Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Kerja Raya Baru Bian juga dilihat berada di Hotel Sheraton.
  • Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan mesyuarat di Hotel Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.
  • Dr Mahathir meninggalkan bangunan Menara Yayasan Selangor.
  • Pemimpin-pemimpin utama Bersatu termasuk Dr Mahathir mengunci mulut apabila ditemui media selepas mesyuarat khas yang diadakan di ibu pejabat parti itu.
  • Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa tiba untuk mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 
  • Media mula berkumpul di pintu masuk Istana Negara.

4 petang – 7 malam

  • Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah hadir di Hotel Sheraton dan memberitahu media ia hanya “mesyuarat kawan-kawan.”
  • Naib Presiden PKR Tian Chua tiba di Hotel Sheraton.
  • Lebih 20 kereta yang membawa ahli politik memasuki Istana Negara. 
  • Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Ritz-Carlton.
  • Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO tamat.
  • Majlis zikir, selawat, bacaan yasin dan solat hajat di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut.
  • Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di Hotel Sheraton.

7 malam – 9 malam

  • Ahli Parlimen Jeli dari Bersatu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hasan, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Annuar Musa tiba di Hotel Sheraton.
  • Ahli Parlimen Sembrong dari UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tiba di Hotel Sheraton.
  • Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Hotel Sheraton.
  • Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hotel Sheraton.
  • Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Hotel Sheraton.

9 malam – 12 malam

  • Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan Hotel Sheraton.
  • Laungan ‘reformasi’ kedengaran dari pekarangan kediaman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Hotel Sheraton.
  • Beberapa pemimpin PKR tiba di kediaman Anwar, antaranya, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Pengasas Bersama Parti Keadilan Rakyat Dr Syed Husin Ali.
  • Azmin memberi ulasan ringkas kepada pemberita ketika meninggalkan pekarangan hotel.

(Berita dipetik daripada BERNAMA) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts