ANWAR JANGAN JADI BATU API, TOLONG HORMATI PDRM TANGANI TERORISME

260
SHARES
1.9k
VIEWS

Peguam Negara Tommy Thomas telah membuat keputusan. Setakat ini, itulah pendirian kerajaan Pakatan Harapan. Tentunya Tommy mewakili kerajaan dalam hal ini.

Keputusan ini membuatkan banyak pihak memberi reaksi segera. Rata-ratanya membantah keputusan Tommy yang menghentikan prosiding kes ini dan akan membebaskan semua 12 orang yang telah dituduh menyokong pertubuhan terroris LTTE. Jika segalanya berjalan lancar, kesemua mereka mungkin akan dibebaskan dalam masa terdekat.

Terkesan dengan reaksi masyarakat yang menolak keputusan Tommy, DS Anwar Ibrahim tampil dengan cubaan mempertahankan tindakan Tommy. DS Anwar lantas meminta mereka yang terlibat menyokong kumpulan teroris Islamic State (IS) atau DAESH segera dibebaskan. Saya berasa mungkin DS Anwar cuba menjadi jaguh, mahu menenangkan reaksi masyarakat yang marah kepada Tommy.

Malangnya, tindakan ini kurang bijak dan tidak sepatutnya datang dari seorang yang disebut-sebut bakal PM. Implikasi permintaan beliau sangat besar terhadap keselamatan negara. Pertama, mana mungkin pesalah yang sedang menjalani hukuman dibebaskan begitu saja. Tambahan pula kesalahan-kesalahan yang melibatkan aktiviti terorisme. Banyak kerosakan akan dilakukan oleh para teroris ini nanti.

Kedua, jika mereka ini (pesalah dan penggiat aktiviti terorisme) dibiar lepas dan bebas, ia bakal mengundang bahaya kepada negara. Mereka bebas untuk merancang, mengendali serta melaksanakan aktiviti terorisme mengikut fahaman mereka. Tidak mustahil apa yang berlaku di luar negara, akan terjadi di Malaysia. Kita tidak mahu letupan yang membunuh masyarakat awam terjadi di Malaysia.

Ketiga, isu keselamatan ini tidak sekali-kali berorientasikan perkauman. Nampaknya DS Anwar cuba untuk mengheret isu itu dalam hal ini. Isunya bukan LTTE itu India dan IS/DAESH itu Islam. Isu pokok adalah soal keselamatan dan keselamatan ini merentasi hubungan kaum. Kekejaman teroris LTTE, IS/DAESH dan KOMUNIS tidak mengenal batas kaum dan agama. Lihat sahaja mangsa keganasan di Sri Lanka, Indonesia dan banyak negara lain di Timur Tengah. Negara barat juga tidak terkecuali.

Keempat, cukup-cukuplah menambah duka pihak berkuasa yang selama ini komited membanteras terorisme seperti PDRM. Individu-individu di bahagian anti teroris PDRM berkorban masa dan tenaga, memerah keringat demi melumpuhkan sebarang aktiviti terorisme. Tiba-tiba muncul pula cadangan membebaskan teroris yang ada di dalam negara.

Amatlah tidak bijak menyelesaikan masalah dengan menambah satu masalah yang lain pula. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, DS Anwar perlu menyokong tindakan pihak berkuasa membanteras jenayah terorisme menjadikan orang awam yang tidak bersalah sebagai mangsa. Malahan jika perlu, tindakan pihak berkuasa sekarang perlu diganda dan diperketatkan lagi. Ini semua untuk menjamin rakyat dan negara Malaysia bebas dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sama ada LTTE,  IS/DAESH, KOMUNIS atau apa jua bentuk pertubuhan teroris, wajiblah dicegah dari awal. Ahli-ahli politik usah masuk campur urusan keselamatan. Mereka yang berkepentingan di agensi keadilan dan penguatkuasaan juga usah menjadi alat kepada ahli-ahli politik yang mementingkan tindakan populis.

Tindakan mengekang terorisme bukanlah untuk orang lain, untuk kita juga semua rakyat Malaysia. Kita perlukan Malaysia yang stabil serta harmoni. Kita juga mahu mewariskan negara dan corak hidup yang bertolak ansur serta aman damai kepada anak cucu kita nanti….

Oleh Tongkat Warren

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan