KENAPA TOMMY THOMAS TIDAK MAHU SELESAIKAN PELBAGAI KES DI MAHKAMAH?

621
SHARES
2.8k
VIEWS

Nicole Wong

Tommy Thomas ini tidak boleh biar kes diselesaikan di mahkamah ke?

Kes LGE itu macam, sekarang kes LTTE juga sama ini macam.

Rakyat akan hormat keputusan mahkamah, tapi bukan keputusan Tommy Thomas ….

Semalam, Peguam Negara menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang dikenakan tuduhan berkaitan kumpulan militan, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) “berkuat kuasa serta-merta”, lebih 3 bulan selepas diheret ke mahkamah untuk membela diri.

Menurut Tommy Thomas, “tiada prospek yang jelas untuk sabitan” terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan dikenakan.

“Sebagai pendakwa raya, saya mestilah memastikan kelakuan saya sebagaimana yang akan menjaga, menggalakkan dan mempertahankan kepentingan keadilan,” katanya dalam kenyataan.

Pada tahun 2018, 3 September 2018, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Ia berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan berkenaan.

Pada masa itu, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, dalam keputusannya, bersetuju dengan peguam bela bahawa tuduhan itu tidak boleh dibiarkan tergantung begitu sahaja ke atas kedua-dua tertuduh.

Saya tidak boleh bersetuju dengan pihak pendakwaan… Mahkamah tidak menjalankan kes secara ansuran, mesti ada penamat dan bukan tanda koma, koma……..

Dipetik dari laman Facebook beliau di; https://m.facebook.com/1513447625538070/posts/2547973625418793/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts