ANTARA TOMMY THOMAS, DAP, CHIN PENG SERTA KOMUNISME DAN LTTE

699
SHARES
2.9k
VIEWS

Isu menggugurkan tuduhan dan pembebasan mereka yang terlibat dengan sel pengganas LTTE oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tidaklah mengejutkan, kerana sudahpun dijangka lebih awal oleh banyak pihak sebelum ini.

Tommy, Chin Peng dan komunisme

Sebelum ini Peguam Negara juga merupakan peguam kepada Chin Peng, iaitu ketua pengganas komunis Malaysia yang telah membunuh ribuan mangsa tidak berdosa termasuk orang awam dan anggota keselamatan.

Pengganas komunis pula kerap diperjuangkan oleh parti DAP dan ada dalam kalangan pemimpin mereka secara terbuka mengaku dan berbangga mereka berketurunan komunis dan mengistilahkan komunis sebagai ‘pejuang’.

Majoriti rakyat negara ini tidak akan melupakan keganasan kejam yang dilakukan oleh pengganas komunis selama mereka memberontak ingin merampas kuasa.

Tommy dan DAP

Tommy juga kerap terlibat mewakili beberapa pemimpin DAP sebelum ini termasuk Lim Guan Eng sendiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

Rujuk:
www.malaymail.com/news/malaysia/2016/10/19/guan-eng-to-set-aside-committal-proceeding-initiated-by-ag/1231201

Tommy juga pernah mewakili kerajaan Pulau Pinang yang ketika itu Tommy Thomas merupakan Ketua Menterinya, yang diisytiharkan oleh Guan Eng di blognya sendiri.

Rujuk:
www.limguaneng.com/index.php/2013/02/26/announcing-tommy-thomas-as-the-penang-state-governments-counsel-to-sue-the-election-commission-and-the-federal-government-encn/

DAP dan LTTE

Dalam isu pengganas LTTE ini pula, ada beberapa individu yang ditangkap merupakan ADUN DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang II ketika ini diketahui umum juga terlibat dengan LTTE.

Malah P. Ramasamy yang juga dari parti DAP kerap membuat posting berkaitan di laman Facebook beliau, namun ada antaranya yang telah dipadamkan.

Pengganti Ketua LTTE ditangkap di Malaysia

Sebagai rekod, selepas pemimpin utama LTTE Velupillai Prabhakaran berjaya dibunuh dalam satu operasi oleh kerajaan Sri Lanka pada 19 Mei 2009, Selvarasa Pathmanathan telah dilantik bagi menggantikan beliau.

Selvarasa pula kemudiannya telah ditangkap di Kota Damansara pada Ogos 2009 dan dihantar pulang semula ke Sri Lanka.

Rujuk: www.thestar.com.my/news/nation/2009/08/07/new-tamil-tiger-leader-arrested-in-malaysia-update-2

Peluang membongkar kegiatan sel pengganas LTTE disia-siakan

Persoalan apa tujuan beliau ke Malaysia hanya beberapa bulan selepas dilantik mengetuai LTTE mungkin akan terjawab termasuklah isu rancangan mengebom Kedutaan Sri Lanka di Malaysia.

Keseluruhan sel pengganas LTTE yang berada di Malaysia akan berjaya didedahkan, para pembiayai dan apa operasi terkini mereka dapat dibongkarnya sekiranya pendakwaan ini diteruskan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts