MAHATHIR MEMILIH UNTUK BERSAMA DAP – ISHAM JALIL

481
SHARES
2.7k
VIEWS

Dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam, saya telah dimaklumkan bahawa semua pemimpin-pemimpin tertinggi parti komponen PH termasuk Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah akur dengan keputusan Mahathir untuk tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri.

Ini adalah kerana mereka takut dan telah diugut bahawa Mahathir dan partinya Bersatu akan keluar daripada PH jika Majlis Presiden tidak bersetuju dengan Mahathir.

Jika Bersatu keluar daripada PH, Mahathir akan membawa 26 orang Ahli Parlimennya bersama 10 orang Ahli Parlimen PKR yang dikatakan bersama Azmin dan ini akan menjadikan jumlah Ahli Parlimen dalam PH berkurang menjadi 102, kurang 10 dan tidak cukup untuk membentuk atau mengekalkan kerajaan PH yang sedia ada.

Mahathir boleh sahaja memilih untuk mengorak langkah ini semalam dan bersama-sama dengan blok pembangkang untuk membentuk kerajaan pintu belakang yang baru seperti yang diharapkan oleh sesetengah pihak.

Namun dia tidak berbuat demikian sebaliknya memilih untuk kekal bersama-sama DAP dan PKR dalam kerajaan.

Pembangkang perlu terima hakikat:

Mahathir tidak mahu bersama kita, dia hanya mahu menggunakan kita sebagai bahan rundingannya di dalam PH.

Mahathir mahu kekal bersama PH dan DAP.

Dan Mahathir telah memilih untuk mengekalkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, dan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM walaupun dia mempunyai peluang untuk mengubah keadaan semalam.

Jika pembangkang tidak beri dia tali, keadaan mungkin berubah dan dia (Mahathir) tentunya lebih terdesak untuk memilih supaya membubarkan Parlimen.

Ambillah episod ini sebagai pengajaran. Lupakan pintu belakang yang memalukan.

Kita perlu fokus kepada Muafakat Nasional untuk menang bermaruah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Isham Jalil

22 Februari 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts