ISU PEMBEBASAN LTTE: ‘RULE OF LAW’ BUKAN SELEKTIF ATAU UNTUK DISALAHGUNA

581
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA SAYAP WIRAWATI PUTRA MALAYSIA

22 Februari 2020

1. Sayap Wirawati PUTRA Malaysia mewakili parti PUTRA menyokong sepenuhnya kenyataan Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkaitan isu keputusan Peguam Negara yang membebaskan tahanan LTTE secara tiba tiba secara mutlak.

2. Sayap Wirawati Putra Malaysia sama sekali TIDAK BERSETUJU dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang menghentikan 34 pertuduhan terhadap 12 tahanan di bawah SOSMA yang bakal dibicarakan beberapa bulan lagi.

3. Paling menghairankan setakat ini tiada langsung kenyataan dari PDRM bahawa LTTE bukan lagi suatu ancaman atau keganasan kepada Malaysia namun Peguam Negara secara individu telah melangkaui KUASA EKSEKUTIF Kementerian Dalam Negeri sedangkan LTTE masih lagi tersenarai sebagai kumpulan pengganas yang mengancam keselamatan negara dan rakyat MALAYSIA amnya.

Peguam Negara seolah-olah menggunakan kuasa mutlak individu beliau tanpa kenyataan sokongan secara rasmi PDRM mahupun Kementerian DALAM NEGERI mengenai penarikan pertuduhan ini yang dilihat sebagai berat sebelah dan boleh dikatakan penyalahgunaan kuasa dari pejabat Peguam Negara sedangkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence telah menolak ikat jamin tertuduh kes LTTE ini.

4. Seperti di dalam kenyataan Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia TIADA BATASAN MASA dalam pertuduhan jenayah bagi mendakwa individu berikutan alasan Peguam Negara di mana pertuduhan pada 29 oktober 2019 berlaku lebih enam tahun sebelum itu, lalu tidak berkepentingan.

5. Keputusan secara tergesa-gesa dan kelihatan tidak jelas dari segi bukti oleh Peguam Negara, yang menarik pertuduhan yang dikemukakan kurang dari 4 bulan. Di manakah justifikasi semasa membuat pertuduhan dan apakah logik serta ligitimasi penarikan secara sesuka hati wujud atas kuasa mutlak Peguam Negara? 

6. Tindakan Peguam Negara ini boleh memberi impak negatif terhadap undang-undang Malaysia seperti terlalu mudah ditukar, dipersenda serta mengancam keselamatan negara kerana adakah semua pihak pengganas yang disenarai oleh kerajaan dan PDRM yang lain boleh dibuang pertuduhan mereka sesuka hati?

7. Tindakan Peguam Negara juga mencalar kredibiliti serta imej PDRM yang telah bekerja keras serta sedaya upaya mengekang penyebaran pengganas dan menahan segala jenis pengganas dari menyelinap lalu menghancurkan kedaulatan negara.

8. Sayap Pergerakan Wirawati PUTRA MALAYSIA memandang serius isu ‘Rule of Law’ yang dimainkan oleh Peguam Negara dan mempersoal kredibiliti Peguam Negara menggalas tanggungjawab seberat ini untuk menjaga keselamatan negara.

9. Sayap Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia menyokong PPMM, dengan merafak sembah Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, mendesak agar jawatan Peguam Negara diserahkan kepada individu yang lebih layak dan berkredibiliti.

‘RULE OF LAW’ ADIL UNTUK SEMUA.

Oleh Dr Asmah Razalli

Ketua Wirawati Putra Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts