ISU MYSALAM: PERJANJIAN ANTARA PAKATAN HARAPAN LEBIH MENGUNTUNGKAN GREAT EASTERN?

531
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Datuk Dr Wee Ka Siong

Kerajaan BN dahulu meletakkan syarat pemilikan 70 peratus ke atas syarikat insurans asing bagi mengelakkan monopoli syarikat asing ke atas industri insurans Malaysia. Syarikat Great Eastern Malaysia (GE) dimilik 100 peratus oleh syarikat Singapura.

Selepas kerajaan PH ambil alih, menurut laporan media China Press bertarikh 25 Nov 2018, Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye berkata, Kerajaan PH akan mengenakan ‘denda’ sebanyak RM2 bilion ke atas syarikat GE kerana tidak memenuhi syarat pemilikan tersebut.

Tetapi dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan PH akan memulakan skim insurans MySalam untuk golongan B40. Syarikat GE dipilih untuk mengendalikan skim MySalam dengan bayaran RM400 juta setahun untuk 5 tahun.

Kerajaan PH ‘denda’ syarikat GE RM2 bilion. Kerajaan PH bayar balik RM2 bilion ini kepada syarikat GE. Seperti disahkan Tony Pua, syarikat GE juga diberi database untuk seluruh 4.5 juta rakyat Malaysia golongan B40 untuk mempromosikan produk-produk mereka.

Untuk tahun pertama, kerajaan PH bayar RM400 juta kepada GE. GE pula membayar pampasan insurans sebanyak RM13.7 juta kepada golongan B40.

Pada tahun kedua, kerajaan PH bayar lagi RM400 juta kepada GE serta meluaskan skim MySalam kepada golongan M40. GE juga diberi database untuk seluruh 9 juta Rakyat Malaysia golongan B40 dan M40 untuk mempromosikan produk-produk mereka.

Pada tahun lalu, syarikat GE Malaysia untung RM885.7 juga. Ini juga bermakna nilai ekuiti tempatan sebanyak 30 peratus adalah sebanyak RM265.7 juta. Dengan itu, apa yang syarikat GE milik penuh Singapura dapat dengan bayaran RM13.7 juta pampasan mereka untuk tahun pertama MySalam?

1. Mereka dapat menyimpan keuntungan lebihan RM265.7 juta kerana tidak lagi perlu melepaskan saham 30 peratus kepada pelabur tempatan.

2. Mereka mendapat database untuk 9 juta rakyat Malaysia golongan B40 dan M40 untuk mempromosikan produk-produk mereka.

Oleh itu, siapa yang bodoh? Adakah syarikat GE yang bodoh kerana mereka rela didenda RM2 bilion tanpa sebarang rayuan atau aduan?

Ataupun kerajaan PH yang pura-pura bodoh?

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1518020625032103&id=1002345083266329&ref=page_internal

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts