HAPUSKAN HUKUMAN MATI MENZALIMI MANGSA DAN KELUARGA

450
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA EXCO PENAJA

PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

19 Februari 2020 | 25 Jamadilakhir 1441H

1. Wira PUTRA membantah sekeras-kerasnya usaha Kerajaan PH untuk membuat sebarang pindaan kepada kesalahan yang membawa kepada hukuman mati berdasarkan kenyataan akhbar semasa Pelancaran Bulan Anti Dadah 2020.

2. Biarpun pindaan ini hanya melibatkan kesalahan berkaitan dadah, ia bukan satu hukuman yang keras, jauh sekali kejam. Jika kerajaan PH sayangkan masa depan anak bangsa tidak kira kaum, dadah tetap musuh, penglibatan mana-mana individu dalam aktiviti seperti ini bermakna mereka terlibat secara tidak langsung memusnahkan masa depan anak bangsa!

3. Penyebaran dan penyalahgunaan dadah ini bukan sesuatu yang asing dan sesuatu yang telah diperangi sejak dari zaman kerajaan yang terdahulu. Pindaan seperti ini hanya akan membuka ruang dan peluang kepada peluasan kegiatan jenayah ini.

4. Wira PUTRA sedia maklum juga bahawa hukuman mati ini bukanlah bertujuan menghukum semata-mata tetapi perlu dilihat dari sudut lain bahawa ia sebagai satu medium pencegahan agar orang awam tidak terlibat atau mendekati aktiviti seperti ini kerana dikhuatiri tersilap seperti kes krimer yang diluruskan dengan kad ahli persatuan tertentu baru-baru ini.

5. Kerajaan perlu bertegas dalam menangani hal ini. Walaupun terdapat kes di mana ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan ‘keldai dadah’ sebagai salah satu kaedah penyebaran dan ia melibatkan pihak yang tidak bersalah.

Namun harus diingatkan, salah atau tidak seseorang itu bukan ditentukan pada skop di luar mahkamah, sekiranya didakwa, maka gunalah saluran yang betul untuk membuktikan bahawa orang kena tuduh tidak bersalah.

6. Kita berharap pada kenyataan kali ini, kerajaan PH akan membuat ‘U-turn’ semula untuk tidak meminda hukuman ini atas dasar kepentingan awam melebihi emosi atau mana-mana kepentingan individu.

Wira PUTRA juga berharap jangan ada udang di sebalik batu dalam isu ini demi mempertahankan individu atau kumpulan tertentu yang berkepentingan kepada kerajaan.

Perkasakan undang-undang, perkasakan negara demi anak bangsa.

Keluhuran Perlembagaan.

Kedaulatan undang-undang. 

OLEH HAZIQ AIZUDDIN DATO’ SUBHI

Exco Wira PUTRA Malaysia

PUTRA PERKASA NEGARA

Berjuang. Berkhidmat. Berkorban

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts