ISU HOTEL DAN LADANG SAWIT TH: EKONOMI UMAT DILUMPUHKAN DEMI NYAWA KRONI KAPITALIS MAHATHIRISME DAP

484
SHARES
2.8k
VIEWS

Oleh Zamzuri Mohamed Tahir

Dua tahun lepas (2018) saya ada menulis panjang lebar bagaimana penjawat awam dan kakitangan agensi kerajaan Pusat akan menjadi ‘kuli batak’ kepada syarikat kroni kapitalis Mahathirisme DAP.

Ketika itu, berlaku pemberhentian beramai-ramai penjawat awam oleh kerajaan Pakatan Harapan dan ada di kalangan mereka diserapkan semula dengan tawaran perjawatan baharu.

Kemelut Tabung Haji Hotels & Resorts (THHR) ini merupakan salah satu contoh terkini penjawat awam atau kakitangan badan berkanun (agensi Pusat) bakal menjadi kuli batak kepada syarikat kroni kapitalis Mahathirisme DAP.

Cuma fasanya masih di tahap permulaan kerana skim pemberhentian sukarela dan penyerapan semula hanya melibatkan syarikat tujuan khas (SPV) di bawah seliaan Menteri.

Sekiranya industri perhotelan tidak terjejas gara-gara CoVid-19, saya penuh yakin THHR akan mengalami nasib yang sama dengan Tabung Haji Properties (THP).

THP merupakan contoh realiti sementara THHR berpotensi mengalami nasib yang sama jika wabak CoVid-19 pulih.

Pada saat dan ketikanya tiba CoVid-19 tidak lagi menjadi ancaman kepada industri perhotelan dan pelancongan, maka dengan bidang kuasa yang ada pada Menteri Kewangan, kebarangkalian tinggi THHR dibeli oleh pihak swasta tidak boleh dielakkan.

Sebagaimana nasib yang dialami pegawai dan kakitangan THP, demikianlah juga dengan THHR.

Ia sekaligus mengecilkan saiz perkhidmatan awam yang disasarkan sebanyak 80 ribu orang.

Mereka ‘tidak dibuang kerja sepenuhnya’ tetapi diserapkan kepada syarikat-syarikat kroni kapitalis Mahathirism DAP dan menjadi kuli batak seumur hidup sekiranya ingin terus bekerja.

Golongan kapitalis Mahathirisme DAP memperolehi dua manfaat dalam perkara ini;

1. Bisnes mega yang dilindungi kerajaan

2. Tenaga buruh yang murah dan boleh dieksploitasi

Impak kepada modus operandi sebegini adalah kemiskinan berpanjangan melanda umat Islam.

Ia disebabkan tunjang dan sendi kekuatan ekonomi mereka dilumpuhkan secara drastik dan tempoh masa untuk membinanya semula bukanlah sesingkat 62 tahun kemerdekaan.

Itupun jika mampu dibina semula oleh anak watan yang berjiwa Melayu Islam.

Dipetik daripada laman Facebook beliau di pautan: 

https://www.facebook.com/zamzuri.mt/posts/3274310425919668

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts