PEMINDAHAN EMPAT HOTEL TABUNG HAJI KEPADA UJSB SPV – PENDEPOSIT WAJAR BANGKIT

1.3k
SHARES
3.7k
VIEWS

UMMAH melihat, sekali lagi isu yang melibatkan pindah milik empat Hotel Tabung Haji (THHR) kepada Urus Jemaah Sdn Bhd (UJSB – SPV) milik penuh Kementerian Kewangan (MOF) menjadi isu panas dan memberi kebimbangan yang sangat besar kepada pendeposit Tabung Haji.

Tiada jaminan aset ini akan kekal menjadi hak milik Tabung Haji sebagaimana apa yang telahpun berlaku kepada penjualan secara terancang dan besar besaran ladang sawit Tabung Haji kepada pemilik baru yang bukan Islam pada bulan lepas.

Formula jika rugi jual kepada bukan Islam amalan kerajaan Pakatan Harapan sangat pelik dan mengapa? Adakah selepas itu ia akan menguntungkan? Atau orang bukan Islam suka beli perniagaan yang rugi? Amat mustahil formula ini.

Cara mengurus kewangan dan perakaunan kerajaan Pakatan Harapan nampaknya sangat mudah, jika rugi jual dan serahkan kepada kerajaan melalui Syarikat Tujuan Khas (SPV).

Kes ini hendak disamakan seperti Danaharta ditubuhkan untuk selamatkan bank daripada pinjaman yang gagal. Tetapi operasi Tabung Haji tidak sama dengan cara bank beroperasi, kerana ia melibatkan kepentingan strategik aset umat Islam.

Sewajarnya perniagaan memerlukan masa yang panjang untuk mengukuh, memantap dan meningkatkan keuntungan jangka masa panjang.

Sepatutnya pengurusan tertinggi Tabung Haji dan juga Kerajaan Pakatan Harapan mengemukakan pelan menyelamat, mengukuh dan membuat keuntungan yang Sewajarnya, yang bersifat jangka panjang.

Dengan meningkatkan kecekapan organisasi dan membuat jangkaan pendapatan operasi secara fokus dan menyeluruh.

Tindakan menjual, meminda milik bukan penyelesaian yang bijak, kerana banyak pertimbangan penting dan menyeluruh perlu dibuat bagi kepentingan Tabung Haji dan para pendepositnya. 

UMMAH sangat kesal dengan apa yang berlaku kepada perniagaan dan aset Tabung Haji, di mana tindakan yang sedang dibuat oleh pengurusan tertinggi mereka dan kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya meruntuhkan empayar perniagaan dan pemilikan aset strategik umat Islam sebagai pendeposit melalui TH.

UMMAH menyeru kepada para pendeposit, sudah sampai masanya kita mesti bangkit dan memberi peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan dan Tabung Haji agar tidak membuat tindakan dan keputusan yang sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira perasaan umat Islam di negara ini.

Tabung Haji adalah satu-satunya institusi perniagaan dan pemilikan aset strategik umat Islam di negara ini.

Mohd Zai Mustafa

Pengerusi UMMAH

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts