ISU PENJUALAN 4 HOTEL TH: KERANA KITA MENCINTAI DUNIA

402
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya 

Pada 1 April ini, 4 buah hotel Tabung Haji (milik penuh TH Hotel & Residences Sdn Bhd – THHR) akan diserahkan sepenuhnya kepada UJSB – sebuah syarikat SPV Kementerian Kewangan hasil Pelan ‘Pemulihan’ TH yang bermula pada tahun lepas.

4 hotel ini – Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Alor Setar dan Kota Kinabalu – akan bertukar pengurusan dengan sebahagian pekerja hotel tersebut akan turut sama ditamatkan perkhidmatan mereka.

Apa yang menyakitkan saya sebenarnya adalah apabila segala urusan ini disandarkan kepada perkiraan duniawi – untung dan rugi. Sedangkan THHR sebenarnya menyumbang lebih daripada itu. 

Hotel-hotel Tabung Haji ini adalah satu tanda kebangkitan penguasaan umat Islam dalam bidang perhotelan yang selama ini terpalit dengan imej najis maksiat dan dosa jenayah.

Hotel-hotel ini adalah model kepada pengurusan patuh syariah yang menzahirkan panduan kepada kemunculan sistem pengurusan hotel Muslim yang diamalkan oleh pengusaha Islam persendirian.

Hotel-hotel ini adalah lambang penyelesaian kepada masalah musafir, yang selama ini terbelenggu dengan isu syubhah yang meragukan dalam ibadah. 

Hotel-hotel ini adalah antara tunjang kekuatan ekonomi umat Islam yang selama ini ketinggalan dalam pelbagai bidang di belakang kaum lain. 

Hotel-hotel ini adalah lambang impian kewujudan satu sistem perhotelan patuh syariah yang dirancang untuk dikembangkan ke setiap negeri dalam masa terdekat. 

Dan hari ini, semua usaha dan impian itu berakhir jua.

Semuanya dan semuanya berlaku kerana kita terlalu mencintai dunia.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan:

https://www.facebook.com/100001200986490/posts/3032033880179948/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts