EZAM: DARI ANWAR BELIAU DATANG, KEPADA ANWAR BELIAU KEMBALI – BAHAGIAN 4

953
SHARES
5.5k
VIEWS

Bahagian Akhir

1. Tidak tercapai akal manusia biasa memikirkan tentangnya melainkan itu memang sikap Ezam sendiri yang tiada pendirian serta kebudak-kebudakan yang sering merajuk apabila keinginannya tidak dipenuhi.

Apabila Ezam kembali kepada Anwar, ini membuktikan Ezam tidak ada pilihan lain bagi menempatkan dirinya secara ‘ekspres’ di arena politik arus perdana. Ezam tidak boleh bermula dari bawah. Selain dari kekangan masa, Ezam juga ego. Mana mungkin Ezam mahu bekerja dengan ‘junior‘ PKR di dalam parti.

2. Jika Ezam mahu segera menyertai PKR, pasti akan ada pihak dalam PKR sendiri yang membantah. Perlu diingat, pihak pro Anwar di dalam PKR banyak juga yang anti Ezam. ‘Otai-otai’ PKR tentunya masih terasa dengan kata-kata Ezam dahulu. Anwar juga tentunya tidak mahu menambah gelora dalam PKR yang kini cukup goyah dengan team Anwar dan team Azmin.

3. Ezam bijak mengeksploitasi situasi. Kini masanya paling tepat untuk beliau menonjolkan dirinya di kalangan pendokong Anwar. Panglima-panglima Anwar sebelum ini seperti Saifudin Nasution, Johari Abdul dan lain-lain agak ‘terikat’ tangan mereka. Maklum sahaja sebagai menteri kabinet dan Pengerusi Kelab Penyokong PH di Parlimen, tidak manis jika mereka mengkritik Mahathir secara terbuka.

4. Maka terjadilah seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Anwar di saat tidak punya ‘panglima perang’ untuk menyerang Mahathir, menggunakan Ezam sebagai penyerang gantian bermain di padang yang lain. Anwar pula kekal menjadi ‘pelakon’ terbaik di kalangan penyokong PH dengan memuji dan menyokong Mahathir setiap masa. Namun di sebalik itu, ‘tangan ghaib’ Anwar tetap mencatur serangan terhadap Mahathir dan Ezam adalah buah caturnya yang terbaru.

5. Lengkaplah perjalanan politik manusia bernama Ezam ini. Perjalanan beliau ini ibarat ‘sampah’, hanyut mengikut arus air. Dikaut dan dikait saat diperlukan sahaja. Jika tiada yang memerlukan, sampah tersebut akan terus hanyut. Namun biasanya sampah akan tetap dikaut. Sama ada dikaut untuk diguna (kitar semula) atau dibuang terus, bergantung kepada pengautnya.

Kini dalam perjalanan politik Ezam, beliau dikait dan diguna oleh Anwar sebagai bahan kitar semula. Mungkin di masa hadapan, Ezam akan terus hanyut lagi. Hanya masa yang menentukan.

Memang tragis perjalanan Ezam ini, namun lebih tragis lagi apabila Ezam mengubah sokongannya dari seorang pemimpin kepada seorang pemimpin yang lain. Beliau boleh mengubah cakap-cakapnya mengikut skrip dari keadaan semasa. Sama juga sepeeti mentornya Anwar. Jika Anwar diibaratkan seperti ‘chameleon‘ yang berubah mengikut masa dan tempat, Ezam mahu diumpamakan seperti apa pula? Tepuk dada, nilaikan sendiri..

Yang penting di saat ini, Ezam adalah “Dari Anwar beliau datang, kepada Anwar juga beliau kembali”…

Oleh Paku Warren

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts