PAS Sarawak menggesa agar dia dilucutkan kewarganegaraan mengikut peruntukan;
(1) Perkara 24. Pemecatan kewarganegaraan untuk mendapatkan atau menggunakan kewarganegaraan asing, dsb.

Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa mana-mana warganegara telah memperoleh kewarganegaraan mana-mana negara di luar Persekutuan melalui pendaftaran, penaturalisasian atau perbuatan sukarela dan formal yang lain (selain perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.

PAS berpendapat ini satu penipuan kepada rakyat Sarawak. DAP jelas tidak bertanggungjawab dengan menipu rakyat di DUN Pujut terutamanya apabila menyembunyikan kerakyatan 2 negara ADUN mereka.

PAS mendesak juga kerajaan negeri untuk menilai kedudukan semua elaun dan peruntukan yang telah diambil oleh ADUN DAP ini selama tempoh beliau mejadi ADUN. 

PAS Sarawak juga menyeru pihak berkuasa untuk mengkaji semula mana-mana wakil rakyat di negara ini yang mempunyai dua kewarganegaraan atau kerakyatan supaya mereka boleh dikenakan tindakan.

Semua pihak yang mempunyai maklumat tentang mana-mana wakil rakyat yang memiliki dua kewarganegaraan itu boleh menyuarakan kebimbangan mereka kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan. 

Jofri Jaraiee

Pesuruhjaya PAS Sarawak