LUCUTKAN KEWARGANEGARAAN BEKAS ADUN DAP PUNJUT

687
SHARES
2.5k
VIEWS

Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

11 Februari 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. PUTRA merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai wakil rakyat DUN Punjut atas alasan beliau memiliki 2 kewarganegaraan (Malaysia dan Australia).

Rujuk:

https://m.malaysiakini.com/news/510373

2. PUTRA menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan ini dan menunggu alasan penghakiman kes berkenaan untuk tindakan lanjut.

3. PUTRA merujuk kepada Perkara 24 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh dengan Perintah melucutkan kewarganegaraan seseorang yang memiliki 2 kewarganegaraan selain Malaysia.

4. Oleh itu PUTRA berpandangan bahawa keputusan kes Dr Ting Tiong Choon hari ini hanyalah permulaan kepada pembongkaran lebih banyak kes seumpamanya.

5. Walaupun keputusan Mahkamah hari ini tidak menyentuh mengenai Perkara 24(1) Perlembagaan Persekutuan, namun pastinya rentetan daripada keputusan hari ini, Kerajaan telah dimaklumkan bahawa telah terbukti ada seorang warganegara Malaysia telah dibuktikan turut memiliki kewarganegaraan negara asing pada masa yang sama.

6. Oleh itu PUTRA mendesak Menteri Dalam Negeri untuk memulakan prosiding penyiasatan di bawah Perkara 27 Perlembagaan Persekutuan untuk melucutkan kewarganegaraan Dr Ting Tiong Choon.

7. PUTRA akan menulis secara rasmi kepada Menteri Dalam Negeri untuk proses ini.

Sekian terima kasih. 

BERJUANG

BERKHIDMAT

BERKORBAN

PUTRA PERKASA NEGARA

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Naib Presiden

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts