WIRA PUTRA PUJI KETEGASAN PENGARAH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MEMPERKASA BAHASA MELAYU

20
SHARES
207
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENAJA

PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

11 Februari 2020 | 17 Jamadilakhir 1441H

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

1. Wira PUTRA puji akan ketegasan Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dalam memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dalam perkhidmatan awam di semua peringkat sama ada bentuk bertulis mahupun ucapan.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/11/civil-service-told-to-use-bm

2. Tujuan ini selari dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan harus digunakan untuk semua acara rasmi. Namun, sebaliknya yang berlaku apabila ada di kalangan pemimpin yang taksub dengan bahasa bangsanya menafikan akta tersebut dengan membuat memo, kenyataan rasmi mahupun ucapan secara jelas membelakangi akta tersebut.

3. Sukacita Wira PUTRA tegaskan bahawa memartabatkan bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan tidak akan menghilangkan identiti etnik sesuatu kaum. sebaliknya bahasa kebangsaan akan menentukan identiti sebenar bangsa Malaysia sejati yang setia pada negara.

4. Tindakan menghantar latihan dan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi meningkatkan kualiti penggunaan bahasa Melayu oleh setiap penjawat awam dalam melaksanakan tugasan harian adalah satu usaha yang amat baik. Ia bukan sahaja merangsang pengetahuan para penjawat awam malah akan menjadi contoh bagi semua orang awam untuk turut menggunakan bahasa Melayu dengan baik bagi segala urusan rasmi dengan pihak kerajaan.

5. Wira PUTRA mahukan usaha memperkasakan bahasa Melayu ini tidak lekang menjadi agenda utama negara walaupun negara terus dihimpit arus pemodenan. Lihat sahaja negara Jepun yang memperkasakan bahasa mereka, mereka mampu menjadi negara maju tanpa mengutamakan bahasa luar sebagai perantaraan. Sebagai warganegara yang cintakan negara dan perpaduan, semua rakyat perlu mempertahankan kelangsungan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan.

6. Ia juga adalah suatu yang mustahil selepas hampir 63 tahun Merdeka dan 57 tahun Malaysia ditubuhkan, masih ada yang gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Jika ia ada kaitan di antara pembelajaran bahasa Melayu dengan aliran sekolah berteras bahasa ibunda, maka wajar ia mula dikaji dan diselaraskan menjadi satu aliran.

7. Wira PUTRA akan terus menyokong usaha dan ketegasan Datuk Adib bagi membudayakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi Perkhidmatan Awam setiap hari. Jangan sesekali berganjak walaupun mendapat tekanan daripada mana-mana pihak yang cuba untuk menggugat ketertinggian bahasa Melayu ini.

Sekian. 

PUTRA PERKASA NEGARA

WIRA LAMBANG JATIDIRI PUTRA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan