BILA ORANG MUNAFIK BERJANJI

149
SHARES
660
VIEWS

Sebelum PRU-14 dahulu mereka kata:

Tunggu kami jadi kerajaan, baru laksanakan janji.”

Bila sudah dapat tawan dua kerajaan negeri, mereka kata:

Tunggu kami jadi Kerajaan Pusat baru kami laksanakan janji.”

Bila sudah dapat Kerajaan Pusat, mereka kata pula:

Tunggu 100 hari untuk kami laksanakan janji-janji kami.

Bila sudah cukup 100 hari, mereka jawab:

Tunggu 5 tahun baru kami laksanakan janji.

Nanti bila sudah 5 tahun, tidak mustahil mereka akan kata:

Kerajaan dahulu perintah 60 tahun, bagi kami 60 tahun untuk laksanakan janji.”

Dan bila sudah 60 tahun, mereka akan kata pula:

Firaun-firaun dahulupun perintah beribu tahun baru tunai janji. Bagi kami 1000 tahun untuk tunaikan janji.”

Dan tentunya nanti bila sudah 1000 tahun, dia akan jawab:

Nabipun mungkir janji.

Bila kita tanya pasal Manifesto, dia kata:

Manifesto tidak ada dalam Quran dan ia hanya gimik pilihan raya.”

Bila kita nasihat cara kerja dia itu salah, dia jawab pula:

Malaikatpun buat salah.”

Bila 300 ribu rakyat tolak seseorang Menteri itu, pantas dia balas:

Saya puas hati dengan kerja Menteri itu.”

Dan bila kita kata kenapa cerita kepada dunia kita hanya ada empat pesawat pejuang, selamba pula dia jawab:

Saya bukan suruh musuh serang kita.”

Kemudian bila kita tanya kenapa perlu ada sekolah Cina dan Tamil, berbelit dia jawab kononnya:

Rakyat Malaysia kena tahu sekurang-kurangnya 3 bahasa dan kita akan tukar kasut putih kepada kasut hitam.”

Bila kita tanya kenapa ambil Setiausaha Politik yang ada kes rasuah, anehnya: Semua diam.”

Bila tanya pula, kenapa tidak ada seorangpun perasuah dibicara dan dipenjara, mereka jawab:

Kami masih siasat dan belum cukup bukti kukuh.”

Sedangkan dahulu sampai 7 orang mengaku ada cukup bukti! 

Bila tanya pula kenapa perlu bayar PTPTN walaupun gaji tidak sampai RM3,000 seperti dijanji, lantas mereka jawab:

Kalau tidak bayar negara boleh bankrap dan setiap hutang mesti dibayar.

Bila tanya kalau sudah hapuskan GST kenapa harga barang masih tidak turun, mereka jawab:

Dengan SST kerajaan rugi 20 billion.”

Bila tanya kenapa suka cakap macam orang munafik, terpinga-pinga mereka akan kata:

Kalau tidak suka jangan duduk di Malaysia.”

PENAT SUDAH BERTANYA… hingga kita teringat satu hadis bagaimana Rasulullah SAW pernah memberitahu keadaan golongan ini 1,500 tahun dahulu…

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda;

Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kalau zaman Nabi SAW dahulu mereka ini dikenali sebagai golongan MUNAFIK, tetapi hari ini di akhir zaman di negara kita mereka terkenal dengan panggilan MELAYU BARUA.

Wallahualam.

Lebai Kampung

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan